Selasa, 28 Oktober 2008

UPDATE AJK Pemuda UMNO Bahagian Papar

Keluaran lepas ceh... keluaran konon, Aku ada bercerita mengenai Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Papar. Cuma pada waktu itu aku tidak dapat menyiarkan senarai yang berjaya duduk dalam AJK Pergerakan tersebut. Nah kali ni dia... dibawah ni adalah mereka yang telah berjaya dalam pemilihan tersebut untuk jawatan AJK.
  1. Anuar Matlin
  2. Mohd. Jaya Sham
  3. Hassan Sulaiman
  4. Rashid Tahir
  5. Rohan Ahmad
  6. Rozaimi Kassim
  7. Aidi Dahlin
  8. Hj. Malim Hj. Yusof
  9. Abd. Latip Jetun
  10. Azlan Jumaah
  11. Abd. Razak Rashid
  12. Jamlih Nerubi
  13. Abd. Rahim Aliuddin
  14. Imbran Manik
  15. Malim Taip
Buat AJK Pergerakan Pemuda yang baru ini tahniah aku ucapkan.. cuma satu saja yang ingin aku tekankan, bekerjalah untuk Agama, Bangsa dan Negara. Jangan nanti setelah duduk dalam AJK Pemuda, hasilnya tetap serupa.. Kalian terpilih kerana kepercayaan yang diberikan kepada kalian atas sebab-sebab tertentu. Antaranya, perwakilan percaya kalian dapat memberi dan membawa perubahan kepada Pergerakan Pemuda UMNO yang selama ini seperti tak ada sumbangan langusng kepada masyarakat. Melainkan TUKANG LEKAT POSTER bila tibanya Pilihanraya. Selain itu AJK Pemuda UMNO cuma tau pakai baju KOPRAT ataupun berbaju Melayu serba putih berSAMPING merah dan diSAMPING tersebut bersulamkan logo UMNO bila adanya mesyuarat ataupun acara. Selain dari itu apa sumbangan Pemuda UMNO. Kalau setakat bermain dan mengurus pasukan bola, tak perlu Jenama besar seperti UMNO, Kg. Kaiduan pun boleh lakukannya.

Jadi ingatlah, tempoh yang diberi ini bukan untuk melobi projek-projek yang kian terbentang luas untuk kepentingan diri sendiri. Tidak salah semua itu, asalkan ianya dilakukan secara yang betul dan memberi keuntungan kepada semua. Jangan jadi seperti projek-projek yang pernah dibuat, Projek tak selesai ONGKOS sudah habis. Dan Kekadang ONGKOS lulus, projeknya nga ada... Dan ada juga Projek bernilai hingga 50 ribu tapi timbus sikit sana sini, buang sikit dalam 10 ribu, maka projek tersebut sudah disiapkan... 40 ribu... kaya, kaya, kaya, kaya....kayaaaa

UJIAN AKHIR TAHUN 2008 SK. KAIDUAN, PAPAR

Hari ini 28 Oktober 2008 bersamaan dengan hari Selasa, maka bermulalah Ujian Akhir Tahun 2008 bagi Sekolah Kebangsaan Kaiduan Papar. Murid-murid pastinya ada yang berdebar menghadapi saat ini. Bagi guru-guru, ujian ini bolehlah dijadikan pengukur sejauh mana penerimaan pelajar terhadap teknik pengajaran sepanjang tahun. Melalui Ujian ini, guru-guru akan dapat menilai prestasi murid-murid dan guru itu sendiri. Di sinilah guru dapat menilai sama ada teknik yang telah digunakan berkesan atau tidak. Jika ianya kurang berjaya, maka guru yang terbabit haruslah menggunakan satu pendekatan baru dan lebih mudah diterima oleh pelajar.

Kepada pelajar yang menduduki ujian ini, diucapkan selamat menduduki ujian akhir tahun. Semoga anda semua beroleh keputusan yang cemerlang. Ingatlah kejayaan hari inilah untuk hari esok. Jika anda belum berjaya, tingkatkan lagi usaha agar mendapat kejayaan yang lebih cemerlang.




Kelihatan Cikgu Mohd. Yassin sedang mengawasi kelas tahun 2















































aku sempat merakam photo Guru besar waktu ujian berhenti rehat











Cikgu Ag. Putera sedang POSE MAUT








Tugas sentiasa menanti seorang guru.
Walaupun sebok dengan Ujian Akhir Tahun, namun Cikgu berdua ini tetap tak mengenal erti rehat. Waktu yang terluang digunakan oleh keduanya bagi melakukan tugas-tugas lain.

Kelihatan Cikgu Vivi dan Cikgu Shamran sedang sebok dengan tugas masing-masing

Ahad, 26 Oktober 2008

CERAMAH BULANAN MASJID JAMEK KG. SUNGAI PADANG, PAPAR

Tarikh: 24 Syawal 1429H / 24 Oktober 2008
Hari : Jumaat
Masa: Bermula Solat Maghrib
Penceramah: Tuan HJ. Muchlis Ali Kassim

Setelah hampir 2 bulan aktiviti Masjid Jamek Kg. Sungai Padang, Papar berhenti kerana datangnya bulan Ramadhan dimana umat Islam menunaikan ibadah puasa dan selepas itu diikuti bulan Syawal, bulan kemenangan umat Islam yang menjalankan ibadah di bulan Ramadhan. Antara aktiviti-aktiviti Masjid satu darinya adalah ceramah bulanan. Ceramah bulanan yang diadakan setiap bulan selain daripada kuliah bulanan kembali disambung. Ceramah kali ini disampaikan oleh Tuan Hj. Muchlis Ali Kassim. Beliau juga merupakansalah seorang penceramah yang sering diundang untuk menyampaikan ceramah di Masjid Jamek, Kg. Sungai Padang, Papar selain daripada Tuan Hj. Nahar Mantamin, Ustaz Norazamuddin Umar dan Datuk Hj. Asmali Bachi.





Penceramah Jemputan Tuan Hj. Muchlis Ali Kassim bersama Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek, Ustaz Mohd. Yakob Ismail










Penaung Jawatankuasa Masjid Jamek,
Datuk Hj. Abu Ali Ganturun dan
Ketua Kampung Tuan Hj. Abd Hamid Wahid antara jemaah yang hadir pada malam tersebut.








Saudara Abd. Nasir Hj. Abd Ghani. Beliau juga merupakan Ketua Syukbah Keceriaan Jawatankuasa Masjid Jamek.








Saudara Abd. Manan Hj. Talipudin (guru taranum) dan
Saudara Abdullah Hj. Idris salah seorang AJK





























Antara Jemaah Yang turut hadir.

Nota Penting: Aku tiada dalam gambar... kenapa... sebabnya aku jurugambar.... kan

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PAPAR

Pada 25 Oktober 2008 (Sabtu) Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Papar telah bersidang bertempat di Dewan Borneo Paradise. Mungkin disebabkan hujan, persidangan yang dijadualkan bermula pada jam 8 pagi, terlewat sehingga lebih 1 jam.

Namun yang lebih mengecewakan, persediaan dan kelancaran perjalanan Persidangan kali ini, jika boleh diberikan markah aku berani bagi D-. Rakan-rakan cuba tanya kenapa!!!. Ada beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku, terjadi juga pada persidangan kali ini.

Aku cuma ingin sentuh beberapa perkara sahaja. Pertama adalah bilangan kerusi yang disediakan untuk para perwakilan tidak mencukupi. Hampir 50 orang perwakilan termasuk pemerhati, tidak mempunyai tempat duduk sehinggakan ada yang terpaksa duduk di atas lantai. Diantara mereka itu, aku juga tergolong dalam kumpulan tersebut. Maka makin jelaslah Pergerakan Pemuda Papar sebelum ini tidak dirasa kewujudannya.

Lagi satu perkara, kelancaran persidangan amat buruk sekali. Ia mengambarkan seolah-olah Pergerakan Pemuda UMNO Papar tidak tahu dan matang dalam proses seumpama ini. Selain itu banyak lagi kecacatan yang jelas dan terang wujud pada Persidangan Pergerakan Pemuda Bahagian Papar kali ini. Jadi di sini sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg. Sungai Padang, Papar aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada kecekapan Jawatankuasa Pemuda UMNO Papar yang mengendalikan persidangan ini. Makin terserlahlah bahawa Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Papar tidak dirasa kewujudannya. Yang terasa hanyalah kesombongan dan keegoan beberapa orang yang menjawat dan memegang jawatan penting dalam Pergerakan itu.

Setelah aku membuat pemilihan persama 2 lagi perwakilan, aku terus balik kerana terpaksa menghadiri majlis perkahwinan keluarga aku. Nak tahu aku pilih siapa... rasanya tak perlulahkan.. cuma aku nak bagi tau rakan-rakan, dalam hidup ini kita perlu ada prinsip dan pegangan, dan aku amat benci kepada penipuan, kerakusan, kesombongan, penindasan, dan berbagai macam lagi pe..... an. Sepanjang tempoh berkempen pemilihan kali ini jelas sekali unsur-unsur tersebut terlalu banyak dilakukan walaupun tidak terlalu terang-terangan. Namun sebagai seorang Pemuda UMNO yang telah banyak kali terlibat walaupun tidak secara langsung, tetapi aku telah masak dan faham benar dengan cara politik mereka. ( siapa yang makan cili, dia lah yang rasa pedasnya kan). Jadi inilah yang perlu ditentang dan dihapuskan.

Buat barisan Pergerakan Pemuda UMNO Papar yang baru dipilih, diharap dapat melakukan perubahan pada Pergerakan ini, agar ia dapat menguntungkan semua pihak tidak cuma untuk mengisi poket baju depan, seluar depan dan belakang dan ditambah lagi dengan beg JAMES BOND. Jika situasi serupa masih juga berlaku tidak mustahil aku menjadi ketua ANGKATAN MUDA KEADILAN, ataupun Ketua DEWAN PEMUDA PAS serta PEMUDA PAKATAN RAKYAT.

Berikut adalah senarai barisan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Papar yang baru sehingga 2011. Aku cuma dapat menyenaraikan untuk beberapa jawatan sahaja kerana aku belum dapat info terkini, mungkin disebabkan perebutan jawatan lain tidaklah begitu penting. Namun begitu sekiranya aku punya maklumat, aku akan UPDATE nanti.

Ketua Pemuda :
ARMIZAN (187 undi)

CHUCHU (80 undi)

Naib Ketua Pemuda:
ROSLI @ PA (220 undi)

AG. TOMAS ( 46 undi)

TOP 2:
ROSLI @ TAM dan HASSAN @ MAX


lain-lain jawatan aku belum dapat makluman. Bukan tak mencari, tapi aku banyak program.. ni baru balik dari orang kahwin, kami ada Marhaban

Tahniah kepada yang terpilih.... Syabas bete... syabass

Jumaat, 24 Oktober 2008

RAYUAN DERMA TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3, TANAH MERAH, KELANTAN.

Assalamualaikum

Dengan sukacitanya, saya ingin memaklumkan kepada tuan/puan yang inginkan keberkatan dalam hidup.

RAYUAN DERMA TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3, TANAH MERAH, KELANTAN.

"Tetuan Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru, Manal 3, Tanah Merah"
(Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Tanah Merah, Kelantan,
No akaun : 03-054-01-002190-3 )

Derma Tuan/Puan AMAT DIALU-ALUKAN bagi memastikan kelancaran pembinaan masjid ini.
Terima kasih. Semoga allah memberkati mereka yang berjuang di jalannya

JUMLAH YANG INGIN DIKUMPULKAN : RM250,000.00 (FASA 1 DARI 5 )

Untuk Maklumat Lanjut, SILA LAYARI : http://www.masjidtokguru.blogspot.com/

Sila sebarkan email ini kepada semua.mereka yang ada blog/laman web digallkan letakkan logo dema di atas di laman web/blog mereka.
Wassalam

WWW.KELATEKITO.COM
Asrol Affandi - www.kelatekito.com
professional webmaster / blogger

Khamis, 23 Oktober 2008

AKU TERUS BERLATIH

Bagi rakan-rakan yang meminati bunga-bungaan atau macro, aku UPLOAD di sini beberapa gambar bunga yang sempat aku rakam kelmarin dengan LUMIX FZ28 aku. Harap-harap rakan-rakan sukakannya. Disamping itu ada juga aku letakkan beberapa gambar lain. Komen dari rakan-rakan tentang mutu atau gambar ini amat aku harapkan.


Ini gambar bunga raya























Aku pun nda pasti apa nama bunga ini. Untuk menangkap gambar bunga ini, sampai berTIARAP aku dibuatnya











Ini adalah bunga yang asalnya dari tahi sejenis haiwan. Bunga Tahi Ayam. Yang aku tak pasti tahi ayam apa, ayam kampung atau ayam baja

























Aku cuba-cuba ambik gambar rokok.













Aku cuba-cuba ambik gambar air yang menitis

Selasa, 21 Oktober 2008

MAJLIS PERKAHWINAN ANAK JIRANKU

Sebelum aku mengUPLOAD gambar sekitar Majlis Perkahwinan Anak Jiranku Bongsu Jumaat Ala, terlebih dahulu aku mohon maaf kerana tidak mengUPDATE blog aku ni dengan cerita atau berita baru untuk tatapan rakan sekalian. Bukan apa, aku sebok BANGAT. Rakan-rakan taulah kan, musim peperiksaan makin menghampiri, ditambah lagi dengan Persidangan Pemuda Bahagian Papar yang bakal berlangsung pada 25 Oktober ni, jadi sebagai Ketua Pemuda Cawangan, aku terpaksa memenuhi undangan dari mereka-mereka yang menawarkan diri bagi merebut jawatan-jawatan penting di peringkat Pemuda Bahagian.

Cuma aku ingin tekankan kepada mana-mana yang akan terpilih nanti, janganlah terlupa akan VISI dan MISI masing-masing yang sering diutarakan sepanjang tempoh berkempen. Jangan pula nanti setelah terpilih, tujuan merebut jawatan sekadar cuma untuk mengejar GLAMOUR semata-mata. Akibatnya, UMNO TRANFORMASI cuma setakat kata-kata yang tidak diterjemahkan. Dan yang paling penting, proses pemilihan dapat dilakukan dalam keadaan yang baik sebagai satu keluarga. Pihak yang bertanding tidak mengggunakan isu-isu yang boleh menjejaskan nama baik UMNO itu sendiri.

Namun dalam pemerhatian aku sepanjang tempoh berkempen, ada juga pihak yang terlalu rakus dan taksub demi memenangi hati para perwakilan agar menterjemahkan sokongan pada kertas undi pada 25 Oktober nanti, sanggup mengadai maruah dengan sanggup menyemarakkan isu-isu kecil dan kekadang tiada. Inilah cara berkempen yang KOLOT dan perlu PENGUBAHSUAIAN mengikut cara yang lebih tersusun dan terancang. Teknik menyerang peribadi calon lawan adalah satu cara yang sungguh JIJIK dan ISLAM juga menegah Umatnya melakukan fitnah.

Bagi aku, tidak rugi berpolitik secara bermoral dan profesional. Biar kita kalah, asalkan nama baik kita kekal harumnya. Apa ertinya kemenangan, jika suara-suara sumbang dan kritikan-kritikan yang berulamkan cili api membayangi kemenangan kita. Biar kita menang secara bermaruah. Biar kita menang sebagai anak jantan. Biar kita menang dengan menjunjung keluhuran dan kedaulatan Islam dan Melayu itu sendiri. Ini adalah demi kebaikan dan bagi memartabatkan Islam dan rumpun Melayu yang rasanya semakin kurang diyakini oleh masyarakat dunia, yang sering mengaitkan Islam sebagai Pengganas, Melayu sebagai Rasuah.
Ayuh.. marilah kita bersama, bersatu, bergerak.. demi memartabatkan Islam dan Melayu agar kembali disegani berada di suatu tempat yang tinggi dan terpuji.

Buat mana-mana calun yang mengamalkan cara berpolitik yang kurang vitamin dan menjadikannya tidak sihat, masih belum terlambat bagi anda untuk mengubah Persepsi para perwakilan dan masyarakat terhadap Politik anda yang boleh diibaratkan seperti seekor anjing kurap.


Gambar-gambar berikut adalah yang sempat aku rakam di Majlis Perkahwinan
Norlela dan Kadrie. Setelah melihatnya pastinya rakan-rakan perasan bahawa gambar-gambar di bawah ini tidak berkaitan langsung dengan apa yang aku tulis di atas.

Buat Ella dan Kadrie, Selamat Pengantin Baru, Moga Bahagia akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin



























































































Sabtu, 18 Oktober 2008

AKU BERKURSUS

KURSUS KEPIMPINAN EFEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRA SEKOLAH DAN TAHUN SATU UNTUK GURU-GURU PRA SEKOLAH DAN TAHUN 1 BAGI DAERAH PAPAR

Tarikh: 16 - 17 Oktober 2008
Tempat: Bilik Gerakan Pejabat Pelajaran Daerah Papar


Seperti yang telah aku janjikan, di kesempatan ini aku nak promote mengenai kursus yang telah selesai siang tadi. Bagi aku kursus anjuran IPG ini hanya sekadar nak habiskan peruntukan ataupun apa-apalah yang sewaktu dengannya. Aku malaslah nak ulas takut kena ISA pula nanti.

Apa pun terima kasih kepada J.U dan semua yang telah terlibat.


Ini adalah contoh surat tawaran kursus















Senarai Peserta Yang Menghadiri kursus



































Antara J.U kursus tersebut
























Ragam peserta kursus