Khamis, 28 Mei 2009

Sebagai renungan

Syeikh Abdul Wahid rah. merupakan salah seorang ahli sufi yang mahsur. Beliau menceritakan, "Pada satu malam aku sangat mengantuk sehingga tertidur sebelum sempat menyempurnakan wirid dan zikir. Aku melihat dalam mimpiku seorang gadis yang sangat cantik berpakaian sutera hijau. Seluruh anggota badannya, sehingga kasut pada kakinya pun sibuk berzikir. Gadis itu berkata kepada saya, "Usahalah untuk mendapatkan saya. Saya ingin mendapatkan engkau". Kemudian beliau pun membaca beberapa rangkap syair percintaan. Setelah tersedar daripada mimpi, beliau pun bersumpah tidak akan tidur lagi pada waktu malam. Diriwayatkan bahawa selama empat puluh tahun beliau bersolah isyak dan subuh dengan wuduk yang sama". (Nuzhah)

dipetik dari Kitab FADHILAT AMAL

Landscape lagi...







Lupak di Jalan Safoda Beringgis..














Pulau Denawan dari atas bukit menuju Kaiduan..












Wong Kwok di Pengalat Besar dari atas Bukit Melinsung..

Ujian Semester Pertama Berakhir Hari Ini

Ujian Semester pertama bagi SK. Kaiduan, Papar yang mana bermula hari Isnin lalu telah berakhir tadi. Pasti selepas ini guru-guru akan terus sebok dengan tugasan bagi memeriksa kertas-kertas jawapan murid bagi memilih pelajar terbaik bagi setiap kelas pada semester pertama ini.



Ahad, 24 Mei 2009

Mentari berlabuh di Pantai Manis, Papar

Petang tadi selepas balik dari menghantar anak balik asrama... aku lihat mentari macam cantik dan cerah. Apa lagi.. aku singgah rumah ambik kelengkapan dan bergegas menuju Pantai Manis dengan Honda EX5 ku.

Indah dan agungnya ciptaan yg maha kuasa..





Sabtu, 23 Mei 2009

Bunga Ulam Ranca2 yg kena bokeh....

Bagi peminat atau pemgemar ulam tentu tau apa itu RANCA-RANCA. Tapi orang kampung aku yang panggil macam tu. Nama saintifik ulam aku tidak tau... antam sajalah kan..

Sukar juga nak dapatkan hasil foto ni... tapi berkat kesabaran akhirnya inilah hasilnya..



Pagi ini sungai di kampungku...




Borneo Downhill Challenge

Borneo Downhill Challenge telah berlangsung di Taman Tun Fuad Stephen Bukit Padang pada 16-17 Mei 2009 yang lalu. Aku bersama-sama dengan geng di jebat.net telah bersama merakamkan aksi dalam aktiviti lasak ini.

























Rabu, 13 Mei 2009

Nenda Hj. Matarin Hj. Ali Kembali Ke rahmatullah

Hj. Matarin Hj. Ali.. nenek kami telah kembali kerahmatullah pada subuh tadi lebih kurang jam 12 lebih. Mayat beliau telah selamat dikebumikan lebih kurang jam 11 pagi tadi. Nenek kami ini meninggal dunia dalam usia 90an.
Bersama-samalah kita berdoa semoga Allah menempatkan beliau bersama-sama para Solihin dan mencucuri rahmat ke atasnya. Amin...

Rabu, 6 Mei 2009

Outing Di Pulau Manukan bersama team jebat.net

Pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 2 Mei 2009, aku bersama geng di jebat.net telah mengadakan outing di Pulau Manukan. Outing kali ini telah disertai seramai 11 orang. Berbekalkan gear (kamera) masing-masing kami berkumpul di jeti Kota Kinabalu seawal 7.30 pagi. Oleh kerana hujan telah turun awal pagi maka kami terpaksa berangkat ke Pulau Manukan terlewat sedikit.

Lebih kurang pukul 9 pagi, kami pun bertolak ke Pulau Manukan dengan bot yang telah kami sewa. Foto-foto di bawah ini antara aksi-aksi yang sempat aku rakamkan.

Antara rakan-rakan jebat.net yang bersama-sama menyertai outing kali ini