Sabtu, 23 Januari 2010

Sunset 2010

Rasanya lama aku tidak ambik gambar Sunset. Terlampau sebok dengan tugasan yang bermacam jenis membataskan aku dengan hobi aku ini.
Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar sunset bagi tahun 2010 ni.. Layan la ye...







Selasa, 5 Januari 2010

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Parlimen Papar

Tempat: Dewan Masyarakat Papar
Tarikh: 5 Januari 2010
Dirasmikan Oleh: YB Datuk Rosnah Hj. Abdul Rashid Shirlin
Anjuran: Pergerakan Pemuda UMNO Papar, Pejabat Parlimen Papar dan Pejabat Pelajaran Daerah Papar

Tahniah buat penganjur Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Parlimen P 175 Papar khususnya buat Pergerakan Pemuda UMNO Papar yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Program ini diadakan setiap tahun sejak Saudara Armizan Mohd. Ali menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Papar. Bersama barisan AJK yang komited dan sanggup berkorban, telah menambahkan lagi kesepaduan dan kekuatan Pemuda UMNO Papar.

Bagi saya yang memang penduduk tetap di daerah ini, dengan jelas dapat melihat pelbagai program dan aktiviti yang telah dilaksanakan untuk masyarakat di sini. Saya pasti sayap parti ini akan terus bergerak dengan memikir, menyusun, merancang dan melaksanakan pelbagai agenda yang memberi kebaikan bersama.

Dalam majlis ini saya terlibat dalam Unit ICT mewakili Pejabat Pelajaran Daerah Papar. Kelmarin 4 hb Januari, selepas balik dari bertugas, saya terus bergegas ke PKG Papar bagi menyiapkan tugas-tugas yang telah diarahkan oleh Pegawai Pelajaran Papar. Oleh kerana waktu yang diberikan begitu suntuk, telah menuntut satu kerahan tenaga dan masa yang lebih. Saya keluar dari PKG tatkala jam melebihi 6 petang. Jam 8.30 mala pula saya perlu berada di Dewan Masyarakat Papar bagi ujian LCD walaupun hakikatnya kerja aku belum siap sepenuhnya.

Tatkala masuk ke dalam Dewan Ketua Pemuda UMNO Papar, sedang memberikan taklimat kepada pasukan kerjanya. Melihat situasi ini, dapat saya simpulkan bahawa beliau begitu komited dan mahu menghasilkan yang terbaik dalam anugerah ini.

Buat barisan Pergerakan Pemuda UMNO Papar, sekali lagi tahniah diucapkan dan teruskan perjuangan kalian bagi merealisasikan impian yang perlu diterjemahkan. Dengan pengalaman dan kemampuan ahli dalam komuniti ini, saya benar-benar yakin anda mampu dan dapat melakukannya.
Naib Ketua Pemuda UMNO Papar, Roslee Ibrahim dan Bendahari, Sahrum Datuk Hj. Abu Ali

Antara AJK Pemuda UMNO Papar, bersiap menanti ketibaan YB Datuk Rosnah HJ. Abdul Rashid Shirlin



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Papar, Armizan Mohd Ali sedang menyampaikan ucapan beliau

YB Datuk Rosnah Hj. Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, sedang menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan masjlis tersebut.

Persembahan KOIR dari perlajar-pelajar SMK ST. Joseph Papar