Ahad, 11 Mei 2014

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN SPM/STPM 2013 DAERAH PAPAR

PAPAR: Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SPM / STPM 2013 Daerah Papar telah diadakan pada 3 Mei 2013 bertempat di Dewan Masyarakat Papar. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Datuk Rosnah Hj. Abd. Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.175 Papar.

Majlis ini telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.175 Papar bersama Pejabat Pendidikan Daerah Papar dan Biro Pendidikan UMNO Bahagian Papar. Seramai 96 orang penerima Anugerah yang cemerlang SPM dan STPM telah hadir menerima penghargaan diiringi oleh ibu bapa masing-masing.

Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Papar, saudara Roslie Ibrahim berkata majlis ini bertujuan bagi menghargai Kecemerlangan dan kejayaan pelajar-pelajar SPM dan STPM pada tahun 2013. Beliau yang juga merupakan penyelaras program ini dipetik sebagai berkata, disamping memberi motivasi kepada pelajar lain agar terus berjaya, berjanji akan cuba menjadikan program ini sebagai program tahunan Biro Pendidikan UMNO Bahagian Papar.

Sempena majlis ini juga pengunjung dan orang ramai berpeluang melihat pameran yang telah disertai oleh beberapa agensi yang terdiri daripada Institut Perguruan Kampus Gaya Kota Kinabalu, Kimanis Traninig Center, Pelita Mas Laut Kota Kinabalu dan Lincoln University College.





















 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Isnin, 19 November 2012

MONOLOG DARI RAHIM

~BismillaahirRahmaanirRahiim~

Wahai, manusia yang sudi mendengar !
Tahukah engkau bagaimana rasanya...
Dikandung oleh seorang ibu yang membenci kandungannya ?
Apakah rasanya bernyawa di dalam rahim perempuan yang sedang berkira-kira untuk membunuh anaknya ?
Apakah rasanya terbentuk daripada dosa perzinaan yang jelik ?
Apakah rasanya menjadi bayi yang tidak diakui hak keturunannya ?
Aku telah dikeji sejak dalam kandungan.
Aku telah dihina sejak manusia mengetahui kewujudanku.

Hanya Allah Yang Maha Tahu...
Betapa takutnya aku untuk lahir ke bumi.
Akan adakah manusia yang menyayangiku ?
Akan adakah insan yang melindungiku ?
Akan adakah orang yang mengazan dan mengiqamatkan aku ?
Aku tidak bersalah.....salahkah aku untuk mendengar seruan agung daripada adzan dan iqamat ?

Aku akan tetap lahir juga...
Tapi lahirku tidak sama seperti kawan-kawanku yang lain.
Mereka disambut....sedangkan aku amat takut.
Mereka dihias pakaian baru yang comel....sedangkan aku dibungkus dengan plastik hitam.


Mereka tidur di atas tilam empuk yang wangi.....sedang aku akan bakal dihumban ke dalam tandas yang busuk.
Mereka ditunggu dengan nama yang baik-baik....sedang namaku hanyalah sumpah seranah.

Tolong....tolong....tolong....
Dimanakah pembelaku ? Dimanakah pelindungku ? Kemanakah pelarianku ?
Tolonglah manusia.....ada binatang menggigitku, ada anjing merobek kulit dan dagingku!



Sumber-hotlips-yuya


Tolonglah manusia....aku kelemasan dalam ruang yang gelap ini.
Aku amat sejuk ! Aku kehausan ! Aku lapar ! Aku takut !
Aku keseorangan....memang beginikah dunia ini ?

Wahai, Allah ! Ambillah aku kembali....biarkan aku pulang ke hadrat-Mu Ya- Allah....aku tak sanggup tinggal disini.
Menanggung dosa perempuan yang tidak akan sekali-kali ku panggil ibu.
Menanggung dosa lelaki yang aku haramkan lidahku memanggilnya ayah.
Aku ingin pulang ya Allah.....Kasihanilah aku....Wahai Yang Maha Mengasihani.

Kepada yang sudi mendengar,
Kutitipkan kata-kata ini...
Sebelum alam yang menyiksakan ini ku tinggalkan.
Jadikanlah diri kalian pembela dan pelindung.
Penyelamat dan rahmat kepada semua lapisan umat ini.
Jangan biarkan ramai lagi yang senasib denganku.
Ia terlalu pahit dan sukar untuk ditanggung oleh insan selemah aku.
Ia terlalu pahit dan berat untuk dipikul oleh bayi kerdil sepertiku.
Tegakkanlah amar makruf dan nahi mungkar.

Nukilan Rasa: Ustazah Norhafizah Musa.

Isnin, 12 November 2012

Pensyarah Dulu


Sedang membaca buku yang bertajuk 'Jejak-Jejak Pendidik V' terjumpalah pula dengar gambar ini yang menjadi salah satu isi dalam buku tersebut.

Beliau merupakan bekas pensyarah kami di Maktab Perguruan Sandakan dulu. Lama tak jumpa dan tiada khabar berita, sudah bersara rupanya...!!

Mudah-mudahan beliau terus diberi kesihatan dan dipermudahkan segala urusan. Budi dan jasa Tuan kekal dalam ingatan selagi hayat dikandung badan..!!


Rabu, 16 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU 2012



Hari ini 16 Mei 2012 adalah merupakan Hari Guru. Kepada guru-guru walau di mana jua anda berada, diucapkan selamat hari guru. Moga kita akan terus bersama semangat yang tetap kental menghadapi hari-hari mendatang yang pastinya penuh cabaran. Namun dengan niat dan tekad melahirkan insan yang dapat memberi sumbangan dan kebanggaan kepada Ibubapa, Agama, Bangsa dan Negara saya pasti guru-guru akan meredah segala onak dan duri yang cuba merintangi.

Buat bekas guru-guruku sejak Tadika lagi sehinggalah kini.. Budi dan Jasa kalian akan tetap dikenang selagi hayat dikandung. 

Selamat Hari Guru

"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"

Khamis, 10 Mei 2012

LAWATAN KE SK. ULU LUBAI, LIMBANG


Pada 13 hingga 16 April 2012 yang lalu, Majlis Guru Besar Daerah Papar bersama Staff Pejabat Pelajaran Daerah Papar telah membuat lawatan ke SK. Ulu Lubai, Limbang. Gambar-gambar berikut adalah antara rakaman sepanjang beberapa hari lawatan tersebut.