Isnin, 29 Disember 2008

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430

Hari ini 1 Muharram 1430H.. aku nak ucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1430 buat semua umat Islam. Moga dengan kehadiran Maal Hijrah kali ini akan dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah SWT. Mudah-mudahan Allah akan sentiasa melindungi dan merahmati diri, keluarga, agama dan negara kita. Tapi aku percaya, selagi kita menjunjung ajaran dan Sunnah baginda Rasullah SAW.. selagi itu kita akan selamat dan diberi keberkatan oleh Allah SWT.

Semalam juga telah diadakan Majlis Doa Akhir dan Awal tahun bertempat di Masjid Jamek Kg. Sungai padang, Papar. Yang boleh dibanggakan sedikit, Majlis ini peringkat Daerah Papar... ertinya Masjid Jamek Kg. Sungai Padang, Papar telah dipilih sebagai tuan rumah acara tersebut.

Tapi amat mengecewakan, walaupun acara ini peringkat daerah, yang hadir cuma terdiri dari kariah kampung Sungai Padang sahaja bersama beberapa orang wakil dari jabatan di daerah Papar. Yang dapat aku kenal pasti wakil dari Polis sahaja. Apakah di daerah Papar ini cuma terdapat jabatan Polis sahaja. tepuk dada tanya selera. Yang paling mendukacitakan... ajk dari peringkat daerah... tak nampak langsung kelibat mereka.. Mungkin mereka tidak maklum akan acara ini... tetapi merekalah yang memaklumkan tentang majlis ini kepada ajk Masjid Jamek Kg. Sungai Padang, Papar akan majlis ini... mungkin mereka sebok la kan. Mujurlah kariah dari kampung Sungai Padang, Papar sedikit sebanyak menyelamatkan kuntiti jemaah pada malam tersebut. Walaupun kehadiran yang menyaksikan gambus dan pertandingan karaoke lebih ramai dari menghadiri acara-acara berbentuk keagamaan.. namun aku tetap bersyukur kerana ada lagi yang masih dapat meluangkan waktu untuk hadir... mudah-mudahan usaha kita ini akan dihitung sebagai kebaikan oleh Allah SWT... dan insyaAllah dengan adanya program dakwah Islamiah seumpama ini.. keberkatan dan rahmat darinya sentiasa bersama kita...
Amin..

Gambar sekitar majlis ini aku upload nanti ok...

Selamat Pengantin Baru Saiful dan Norley

Kelmarin 28 Dis 2008, merupakan hari persandingan sahabat aku Saiful Bahri Mohamad dengan pasangan beliau Norley setelah bernikah pada Jumaat lepas.
Aku doakan moga kebahagiaan dan kerukunan rumahtangga kalian akan terus berkekalan hingga hingga ke akhir hayat...
amin..



















Gambar ini dirakam oleh sahabat aku Si Guntur dengan lensa telefon bimbitnya Sony Ericsson yang 3 megapixel itu semasa kami menghadiri majlis berinai Saiful. Kelihatan Saiful takidum always sepanjang majlis tersebut...

Ahad, 9 November 2008

LAWATAN KE TAMAN BUAYA TUARAN, jilid:2

Sebelum ini aku ada cerita tentang lawatan kami ke Taman Buaya di Tuaran. Kali ni aku tambah sikit photo-photo sekitar lawatan kami itu. Gambar yang bakal rakan-rakan lihat di bawah ini telah dirakam oleh rakan setugas aku Cikgu Shamran... rakan-rakan layan laaaa












































































Sabtu, 8 November 2008

SHOUTUL AMAL

Untuk pengetahuan rakan-rakan, salah seorang teman setugas aku akan melangsungkan perkahwinan pada 28 Disember 2008 nanti dengan tunangannya Si Kichi ( Nama Timangan Belaka ). Petang tadi rakan aku ni datang rumah aku, kami bincang-bincang pasal jemputan kahwin sempena Majlis Perkahwinan beliau nanti. Sebenarnya beliau dah pun tempah kad kahwin, cuma masalahnya belum siap lagi. Jadi dia cadang nak buatlah sikit yang ala kadar punya khas untuk para rakan dan sahabat yang perlu dan mesti dijemput awal. Jadi aku adalah buat beberapa contoh tinggal cuma rakan aku ni pilih mana yang digemarinya nanti.

Kepada Sahabat/Ging aku yang bernama SAIFUL BAHRI MOHAMMAD.. Aku ingin menjadi orang yang pertama mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada beliau. Mudah-mudahan mahligai Cinta Sakti ataupun Cinta Karas yang bakal diterjemahkan di jinjang pelamin nanti akan berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah rumahtangga yang bakal dibina bersama Cik NORLEY BT. MAT ZAINI terus bergemerlapan dengan cahaya kasih yang sedia dan pastinya akan terus bersemi. Moga Allah akan memberi keberkatan dan merestui cantuman tunas ini. Pastinya rezekimu ging akan bertambah-tambah seperti bertambahnya zuriatmu nanti.

Dan yang aku pasti ging aku ni mula cerah warnanya melebihi Si Putra dan makin slim bentuknya mengatasi Si Yakop




Salah satu contoh jemputan kahwin yang aku reka khas untuk Saiful Dan tunangnya Norley.
( Nota Penting: Jemputan Ini Cuma Sekadar Hiasan, Bukan Untuk Tujuan Komersial atau apa-apa jua yang sewaktu dengannya)


Rabu, 5 November 2008

SOLAT TIDAK DITERIMA SELAMA 40 HARI?

Artikel ini adalah kiriman Rakan aku Cikgu Shamran Abidin yang beliau hantar melalui email aku. Terima kasih ging... Buat rakan-rakan lain sudilah bertindak seperti beliau agar kita sama-sama mendapat kebaikan dan bertambahlah sedikit sebanyak ilmu pengetahuan kita. InsyaAllah


Artikel Kiriman Shamran Abidin:












SOLAT TIDAK DITERIMA SELAMA 40 HARI?

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
'Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,' katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.'

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.

'Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

'Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

'Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini,' katanya.

Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.
Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.
Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

'Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak,' katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.
Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotamia, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq..
Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

'Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

'Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

'Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan,' katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..

DI MANA NILAI KEMANUSIAAN ANTARA KITA

Balik dari sekolah tengah hari tadi, aku terima SMS dari salah seorang pekerja MY SPORTS K. Kinabalu. SMS tersebut adalah untuk memberitahu aku bahawa baju jersi Kelab Badminton kami "RAKAN TANGKIS" telah siap dan sedia untuk diambil. Aku OFFER Shamran untuk pergi sama-sama untuk mengambil jersi tersebut, tetapi beliau menolak kerana beliau begitu letih. Jadi aku terpaksa mencari strategi baru untuk pergi ke Kota Kinabalu.

Aku SMS isteri aku untuk pergi bersama dan beliau bersetuju untuk pergi bersama.

Dipendekkan cerita, setelah semua urusan aku selesai kami terus balik kerana aku tak mahu terperangkap dalam kesesakan di jalanraya tatkala pekerja-pekerja di Jabatan-jabatan kerajaan dan Swasta akan keluar meninggalkan office masing-masing.

Dalam perjalanan balik, tidak jauh dari Kedai Perabot DELI di Pengalat Besar Papar, satu kemalangan telah berlaku yang melibatkan antara Pemandu Motosikal dan seorang kanak-kanak dalam lingkungan 12 tahun. Aku memberhentikan KENARI isteri aku untuk melihat secara dekat kejadian itu.

Sebelum itu ada sebuah Proton Iswara Aerobik berhenti dan terus berlalu. Bila saja aku turun, aku lihat seorang ibu memeluk anaknya yang menjadi mangsa kemalangan tersebut. Melihat orang semakin ramai, pemandu motosikal itu mula naik angin dan marah dan melontarkan berbagai macam perkataan yang langsung tak secocok dengan kita rumpun Melayu dan apatah lagi sebagai seorang Islam. Si Ibu langsung tidak memberi respon, yang beliau tahu cuma meraung, meraung, meraung, meraung bergabung dengan tangisan anaknya. Yang dapat aku lihat anaknya mengalami luka-luka dimuka dan tangan mungkin kesan seretan motor di jalanraya.

Pemandu motosikal tersebut masih tidak menghiraukan situasi pada waktu itu, dia terus aktiviti mulutnya. Pada pandangan aku, mungkin VOLUME untuk mengCONTROL suaranya telah patah kerana hentakan akibat kemalangan tadi. Ataupun beliau marah kerana menahan sakit, atapun memikirkan poket yang sakit... maklumlah, lepas ni terpaksa membaiki motor pula. Dahlah punggung sakit, nak MENGUSAI motor pula.

Oleh kerana beliau seperti tak ada tanda-tanda nak merehatkan mulutnya, kau pula naik angin. Terus aku bagi dia dengan suara aku ala RAHIM MAAROF ni. Aku marahlah dia dalam bentuk ala kadar saja. Kesian dia dah sakit, dimarah lagi. Apa nak buatkan.. Memang susah nak mengawal perasaan kita dalam keadaan sperti itu. Apa sebabnya... kerana hati, jiwa, diri kita semakin jauh dari Allah maha pencipta. Sepatutnya kita menerima apa jua kejadian dengan penuh keredhaan. Apa pun yang berlaku adalah ketentuan darinya. Sekiranya kita tidak menerima ujian yang menimpa umpama kita tidak mempercayai QADA dan QADAR Allah.

Yang lebih aku kesalkan sikap orang kita, seperti Empunya Proton Iswara Aerobik yang terlebih dahulu berhenti di tempat kejadian dan terus berlalu tanpa ada fikir hendak membawa Mangsa ke Hospital. Pada aku punya fikir mungkin disebabkan mangsa tersebut bukan orang kita menyebabkan kesudian untuk membawa mangsa ke Hospital langsung tidak bertapak di hati driver Proton Iswara Aerobik.

Sepanjang perjalanan ke Hospital, aku dapat mengenali mangsa adalah dari negara jiran yang mana negara tersebut ada bandar bernama Manila. Tangisan dan raungan berterusan sehingga aku dipanggilnya BOS. "Cepat BOS...".... dan si Ibu tak henti-henti menyebut KALIMAH............ "LA ILLAHAILLAH, MUHAMMAD YA RASULULLAH"... dalam sleng Pilipina. Aku terus memecut KENARI ku sambil isteriku terus menenangkan si Ibu.

Aku bersama isteri terus menguruskan mereka di hospital... dan bila aku pasti ada keluarganya bakal menyusul aku pun meninggalkan mereka di hospital dengan sedikit ole-ole.

Akibat dari kejadian itu, hasrat aku untuk pergi ke Dewan Benoni untuk bermain Badminton terpaksa aku batalkan walaupun segala kelengkapan aku dah sediakan dalam kereta Satria Neo aku yang telah aku Parking di Pekan Papar. Kalau mengikut perancangan aku, lepas balik dari Kota Kinabalu, aku salin kereta dan terus beralih destinasi menuju Dewan Benoni. Tapi apakan daya kita, inilah namanya HUKUM ALLAH, kita cuma mampu merancang, namun ALLAH jua yang memberi kelulusan.

Buat rakan-rakan yang menanti di Dewan Benoni, aku mohon berbanyak maaf kerana gagal untuk menghadirkan diri ke "PRA KEJOHANAN BADMINTON ANJURAN GEMILANG ARMIN" InsyaAllah dalam jadual akan datang aku cuba untuk datang.





























Selasa, 4 November 2008

Lawatan Ke Taman Buaya Tuaran, Sabah. Jilid: 1

Pada 1 November 2008 yang lalu, kami warga SK. Kaiduan telah melakukan lawatan ke Taman Buaya di Tuaran. Lawatan kami kali ini disertai seramai 30 orang murid bersama semua guru dan aks kecuali Cikgu Saiful dan Puan Maimun yang terpaksa menarik diri atas sebab yang tak dapat dielakkan. Ada juga guru yang disertai oleh isteri dan keluarga seperti guru besar, Cikgu Yassin Cikgu Ag. Putera dan Cikgu Jailani. Aku dan Cikgu Anuar cuma ditemani anak dan anak buah. Namun begitu ada juga guru yang terpaksa datang sebagai "sebatang kara" ataupun "single subjek" ataupun "solo". Mereka ialah Cikgu Ag. Harris dan Cikgu Shamran. Tidak termasuk Cikgu Vivi dan Suzali kerana mereka sememangnya bujang. Tapi kemungkinan besar, pada lawatan tahun depan, mereka datang sebagai suami isteri. Mana tau kannn.

Sebagai tatapan rakan... nikmatilah jilid satu Lawatan kami ke Taman Buaya di Tuaran. Tuaran adalah merupakan daerah asal bapa mertua aku. Kalau sudi datanglah berkunjung ke Kg. bapa Mertua aku di Kg. Serusup Tuaran.




Cikgu Yassin dan Guru Besar sempat bergambar bersama pemilik Taman Buaya ini.









Aku punya "Budigat"












Jejaka Macho SK. Kaiduan. Cikgu Suzali bergaya dengan janggutnya yang sejemput itu.










Kiri sekali Haziq anak buah aku. Kanan, anak aku Fadhillah Nurfikri




















Aksi mengangkat dan baring atas buaya.
Kiri: Mizi anak Cikgu Ag. Putera mengangkat replika buaya.
Kanan: Persembahan dari petugas di Taman Buaya ini.














Cikgu Shamran begitu asyik merakamkan detik-detik menarik sepanjang lawatan ini. Mungkin kerana puas merakamkan gambar, dia buang tabiat.. habislah buluh ni... ( peringatan: jangan tiru aksi ini... merbahaya)






Selain daripada buaya, ikan KOI KAP juga terdapat di sini.










Pasangan Romantik.. romantika di Tampoi.. Cikgu Ag, Putera bersama Isterinya Cikgu Mastura. Melihat gelagat mereka ini, aku terkenang pada isteriku di rumah.










Keluarga bahagia...










Cikgu Ag. Putera sempat berposing ala SARUK KAN.












Sempat membuat persembahan. Guru Besar melakukan aksi menyeramkan di atas replika buaya membuatkan kami semua merasa gementar.









Proses terakhir.. kelihatan Cikgu Shamran sedang menyempurnakan acara "membayar". Majlis telah sebulat suara memberi penghormatan kepada beliau untuk melakukan acara ini.









Berehat sebentar. Cikgu Jailani ( Siyoko ) bersama isteri dan anak beliau.



















Gambar kenangan sebelum keluar dari Taman Buaya Tuaran
Kiri: Anak aku Kanan: Cikgu Ag. Putera bersama keluarga





Sebelum berangkat meninggalkan Taman Buaya Tuaran, para pelajar diberi sedikit jamuan. Destinasi kami seterusnya adalah Pantai Tanjung Aru.




















Pemandangam indah yang sempat aku rakamkan di Pantai Tanjung Aru.





Semasa berada di Pantai Tanjung Aru, sempat juga diadakan Sukaneka untuk para pelajar. Gambar di sebelah kelihatan Guru Besar sedang menyampaikan hadiah kepada para pemenang sambil disaksikan oleh penyelaras Sukaneka Cikgu Ag. Putera









Melihat gambar Cikgu Anuar ini, teringat aku pada lagu Raja Pop Jamal Abdillah yang bertajuk "sepi seorang perindu". Munkinkah beliau sedang merindui isterinya di rumah. Aku cuma "meneka dalam kesamaran" lagu Ibnor Riza tu. Mentang-mentanglah muka Cikgu Anuar ni mirip Ibnor Riza









Anak Cikgu Putera











Anak Cikgu Anuar disebalik pokok










Cikgu Saiful yang pada mulanya tidak dapat dapat menyertai lawatan kali ini kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, tiba-tiba muncul tatkala kami bersiap nak balik








Kumpulan ROCK KAPAK turut memeriahkan lawatan kali ini.












Cikgu Charle bersiap untuk meninggalkan Pantai Tanjung Aru bersama kereta kesayangannya NISSAN GT-R

Selasa, 28 Oktober 2008

UPDATE AJK Pemuda UMNO Bahagian Papar

Keluaran lepas ceh... keluaran konon, Aku ada bercerita mengenai Pemilihan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Papar. Cuma pada waktu itu aku tidak dapat menyiarkan senarai yang berjaya duduk dalam AJK Pergerakan tersebut. Nah kali ni dia... dibawah ni adalah mereka yang telah berjaya dalam pemilihan tersebut untuk jawatan AJK.
  1. Anuar Matlin
  2. Mohd. Jaya Sham
  3. Hassan Sulaiman
  4. Rashid Tahir
  5. Rohan Ahmad
  6. Rozaimi Kassim
  7. Aidi Dahlin
  8. Hj. Malim Hj. Yusof
  9. Abd. Latip Jetun
  10. Azlan Jumaah
  11. Abd. Razak Rashid
  12. Jamlih Nerubi
  13. Abd. Rahim Aliuddin
  14. Imbran Manik
  15. Malim Taip
Buat AJK Pergerakan Pemuda yang baru ini tahniah aku ucapkan.. cuma satu saja yang ingin aku tekankan, bekerjalah untuk Agama, Bangsa dan Negara. Jangan nanti setelah duduk dalam AJK Pemuda, hasilnya tetap serupa.. Kalian terpilih kerana kepercayaan yang diberikan kepada kalian atas sebab-sebab tertentu. Antaranya, perwakilan percaya kalian dapat memberi dan membawa perubahan kepada Pergerakan Pemuda UMNO yang selama ini seperti tak ada sumbangan langusng kepada masyarakat. Melainkan TUKANG LEKAT POSTER bila tibanya Pilihanraya. Selain itu AJK Pemuda UMNO cuma tau pakai baju KOPRAT ataupun berbaju Melayu serba putih berSAMPING merah dan diSAMPING tersebut bersulamkan logo UMNO bila adanya mesyuarat ataupun acara. Selain dari itu apa sumbangan Pemuda UMNO. Kalau setakat bermain dan mengurus pasukan bola, tak perlu Jenama besar seperti UMNO, Kg. Kaiduan pun boleh lakukannya.

Jadi ingatlah, tempoh yang diberi ini bukan untuk melobi projek-projek yang kian terbentang luas untuk kepentingan diri sendiri. Tidak salah semua itu, asalkan ianya dilakukan secara yang betul dan memberi keuntungan kepada semua. Jangan jadi seperti projek-projek yang pernah dibuat, Projek tak selesai ONGKOS sudah habis. Dan Kekadang ONGKOS lulus, projeknya nga ada... Dan ada juga Projek bernilai hingga 50 ribu tapi timbus sikit sana sini, buang sikit dalam 10 ribu, maka projek tersebut sudah disiapkan... 40 ribu... kaya, kaya, kaya, kaya....kayaaaa

UJIAN AKHIR TAHUN 2008 SK. KAIDUAN, PAPAR

Hari ini 28 Oktober 2008 bersamaan dengan hari Selasa, maka bermulalah Ujian Akhir Tahun 2008 bagi Sekolah Kebangsaan Kaiduan Papar. Murid-murid pastinya ada yang berdebar menghadapi saat ini. Bagi guru-guru, ujian ini bolehlah dijadikan pengukur sejauh mana penerimaan pelajar terhadap teknik pengajaran sepanjang tahun. Melalui Ujian ini, guru-guru akan dapat menilai prestasi murid-murid dan guru itu sendiri. Di sinilah guru dapat menilai sama ada teknik yang telah digunakan berkesan atau tidak. Jika ianya kurang berjaya, maka guru yang terbabit haruslah menggunakan satu pendekatan baru dan lebih mudah diterima oleh pelajar.

Kepada pelajar yang menduduki ujian ini, diucapkan selamat menduduki ujian akhir tahun. Semoga anda semua beroleh keputusan yang cemerlang. Ingatlah kejayaan hari inilah untuk hari esok. Jika anda belum berjaya, tingkatkan lagi usaha agar mendapat kejayaan yang lebih cemerlang.




Kelihatan Cikgu Mohd. Yassin sedang mengawasi kelas tahun 2















































aku sempat merakam photo Guru besar waktu ujian berhenti rehat











Cikgu Ag. Putera sedang POSE MAUT








Tugas sentiasa menanti seorang guru.
Walaupun sebok dengan Ujian Akhir Tahun, namun Cikgu berdua ini tetap tak mengenal erti rehat. Waktu yang terluang digunakan oleh keduanya bagi melakukan tugas-tugas lain.

Kelihatan Cikgu Vivi dan Cikgu Shamran sedang sebok dengan tugas masing-masing