Khamis, 12 Mac 2009

Bermain dengan Aperture dan Shutter Speed

Seronok kalau kita belajar menggunakan fungsi MANUAL pada kamera. Tidak kira kamera SLR atau Kompak. Aku jarang sekali guna butang Auto kerana bagi aku adalah satu kepuasan bila merakamkan gambar dengan fungsi Manual.

Photo berikut adalah antara photo yang aku shoot dengan fungsi Manual

Ini gambar air yang keluar dari paip. Lihatlah bagaimana kelajuan Shutter dapat mengubah bentuk air tersebut.




Photo ini pula aku shoot pada waktu tengah malam. Pada gambar ini aku cuba perlahankan Shutter. Tapi perlu diingat, jika kita menggunakan Shutter yang perlahan, kita perlu menggunakan Tripod kerana bimbang kamera akan tergoyang sebelum shutter tertutup.
Lihatlah bagaimana cahaya lampu kereta memanjang bila Shutter diperlahankan...



Len's Untuk SLR Canon Dijual

Mungkin ada geng atau member peminat Kamera SLR. Kepada yang berminat, aku nak jual len's jenis Tamron (AF 70-300mm 1:4-5.6 TELE MACRO)

Aku baru saja beli len's ni pada 23 Januari 2009 yang lalu. Warranty masih ada hingga Januari tahun depan. Aku beli tempat Si Goh di KK Plaza.

Pakej adalah:
1. Len's
2. UV Filter
3. Len's Hood
4. Front Len's Cap
5. Rear Len's Cap

kepada yang berminat jangan malu-malu ya. Harga boleh kira runding. Aku letak harga RM550




Isnin, 9 Mac 2009

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H - Edisi Bergambar

Pagi tadi 12 Rabiul Awal 1430H bersamaan 9 Mac 2009, merupakan acara kemuncak bagi Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1430H peringkat Kg. Sungai Padang, Papar.
Majlis ini bukanlah yang pertama yang dianjurkan di Masjid Jamek Kg. Sungai Padang, Papar.

Sesuai dengan gelaran dan anugerah yang sering kali diterima, memang layak Masjid Jamek Kg. Sungai Padang, Papar diberi gelaran Masjid Cemerlang. Dengan pengisian dan program yang tidak henti, disokong oleh barisan AJK yang tak pernah mengenal erti penat dan lelah, ditambah lagi dengan jemaah dan kariah yang sentiasa memberi komitmen tiap kali ada program dijalankan, menjadi kekuatan pada Masjid ini.

Tidak sampai 3 bulan selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430H yang telah dilaksanakan awal Januari lalu, hari ini satu lagi program telah berjaya dilaksanakan.
Tidak termasuk aktiviti harian dan bulanan di Masjid ini seperti Kelas membaca Al-Quran, Kelas Taranum, Ceramah Bulanan, Kuliah Bulanan dan pelbagai program lagi.

Masjid Jamek ini juga sering dipilih menjadi tuan rumah aktiviti peringkat Daerah Papar, seperti Majlis Tahlil Daerah Papar. Pernah juga Masjid ini dipilih menjadi Majlis Berbuka puasa bersama Ketua Menteri Sabah dan pada tahun lepas telah menerima Kunjungan dari TYT Sabah untuk berbuka puasa.

Semoga kecemerlangan Masjid ini akan berterusan dengan pengisian ilmiah dan dakwah Islamiah. Mudah-mudahan segala usaha akan dihitung sebagai kebaikan disisi Allah SWT. InsyaAllah...

Salah seorang peserta Tilawah Berzanji yang telah diadakan semalam 8 Mac 2009
Saudara Abd. Nasir Hj. Abd. Ghani


Sebelum bermulanya perarakan,

Saudara Al-Ghamdi Jhamar dan Ibrahim Hj. Matarin sedang memberikan pose mengancam


Ahmad Dollah, Ketua Syukbah Belia dan Muamat Husin


Mengumumkan ketibaan bendahari jawatankuasa Masjid Jamek Kg. Sungai Padang, Papar
Saudara Asri Datuk Hj. Abu Ali atau lebih dikenali dengan panggilan SIBOS

Fuhh.. inilah Setiausaha Jawatankuasa Masjid Jamek Kg. Sungai Padang, Papar..
beliau juga merupakan Pengacara pada Majlis tersebut....



Perarakan dari Kg. Sungai Padang 1 ( Laut/Dopo)
menuju ke Masjid Jamek Kg. Sungai Padang, Papar



Penceramah jemputan Tuan Hj. Abd. Manaf Lakariba,
Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Negeri Sabah

Pengerusi Penganjur, En. Yunus Hj. Matarin
merangkap ketua Syukbah Pendidikan Dan Dakwah
Jawatankuasa Masjid Jamek, Kg. Sungai Padang, Papar
sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.


YB. Datuk Hj. Abd. Rahim Bin Ismail
ADUN N.22 Pantai Manis, merangkap pengerusi LKIM
sedang menyampaikan ucapan


Ahad, 8 Mac 2009

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430H

Majlis ini adalah peringkat Kg. Sungai Padang, Papar. Sebagai setiausaha Jawatankuasa Masjid Jamek Kg. Sungai Padang, Papar tentunya ku sebok tiap kali ada acara ataupun majlis seumpama ini diadakan. Esok hari akan diadakan perarakan yang akan bermula dari Kg. Sungai Padang Laut (Dopo) menuju ke Masjid Jamek Kg. Sungai Padang, Papar.

Banyak program yang terpaksa aku lepaskan kerana bebanan tugas bagi menjayakan Majlis ini. Sebentar tadi telah berlangsung Tilawah Berzanji.. Aku baru balik dari masjid la ni. Lepas ni aku kena siapkan tugas-tugas lain lagi untuk esok, lebih-lebih lagi aku jadi MC esok.

Beginilah kehidupan aku, terlalu banyak program dan aktiviti masyarakat yang aku ikuti. Belum masuk lagi tugas-tugas di sekolah. Cuti nanti 16 Mac aku kena kembali ke IPG Gaya bagi meneruskan kuliah PGSR aku. Belum kira Kerja Kursus yang perlu aku siapkan. Namun begini hidup kan..

Sebenarnya kelmarin aku ada janji dengan kawan-kawan untuk bersama-sama berada di Stadium Likas kerana ada Sukan MSSM Peringkat Pantai Barat. Tapi apakan daya aku... walaupun minat aku terlalu mendalam, terpaksa jua aku akur dengan komitmen lain. Aku tahu tentu rakan-rakan yang menantikan aku marah atau tak senang kerana aku tidak hadir..
Minta maaf la geng... siapalah aku... cuma insan biasa yang juga berharap dan meminta ihsan dari yang maha pencipta.