Khamis, 26 Januari 2012

Solat Dhuha Dan Kebaikannya

As-salam,
Seringkali kita jadi lupa dan alpa apabila kita sedang menjalankan tugas harian, tugas di pejabat, tugas luar dan sebagainya. Lupa pada amalan yang sepatutnya menjadi amalan seharian kita iaitu solat 5 waktu dan juga Solat Dhuha. Di sini saya ingin kongsi dengan anda mengenai Solat Dhuha.

Waktu menunaikan solat Dhuha :
“Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.”
Masuk waktu solat Dhuha selepas waktu Syuruk kira selepas 28 minit masuk waktu Syuruk. Boleh semak di kalendar atau jadual waktu solat.

Niat Solat Dhuha :

Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala
**Samada di tunaikan dengan 2 rakaat, 4 rakaat, 8 rakaat atau 12 rakaat.

Doa selepas solat Dhuha :

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Kebaikan solat Dhuha :
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau mal as mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,
“Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari   setiap bulan,  sembahyang dhuha 2 rakaat dan  sembahyang witir sebelum tidur” (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).
Rasulullah bersabda yang bermaksud,
“Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

Rasulullah bersabda lagi,
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Insya Allah. Semoga anda mendapat manfaatnya.
Sumber :
http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm#SOLAT_SUNAT_DHUHA
http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm
http://www.perjalanansuci.com/Doa/SolatSunatDhuha.htm

Rabu, 25 Januari 2012

Kepentingan Solah

Hazrat Abu Zar r.anhuma berkata, "Suatu ketika Rasulullah s.a.w keluar pada musim sejuk semasa daun-daun gugur, lantas Baginda s.a.w memegang dahan dari sebatang pokok maka daun-daun tersebut mulai gugur dengan lebat dari dahan tersebut. Baginda s.a.w bersabda, "Wahai Abu Zar." Saya menyahut, "Saya, Ya Rasulullah." Kemudian Baginda s.a.w bersabda, "Apabila seseorang Islam menunaikan solah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t, dosanya gugur seperti gugurnya daun-daun ini dari pokok." - (Hadith riwayat Imam Ahmad)