Rabu, 5 November 2008

DI MANA NILAI KEMANUSIAAN ANTARA KITA

Balik dari sekolah tengah hari tadi, aku terima SMS dari salah seorang pekerja MY SPORTS K. Kinabalu. SMS tersebut adalah untuk memberitahu aku bahawa baju jersi Kelab Badminton kami "RAKAN TANGKIS" telah siap dan sedia untuk diambil. Aku OFFER Shamran untuk pergi sama-sama untuk mengambil jersi tersebut, tetapi beliau menolak kerana beliau begitu letih. Jadi aku terpaksa mencari strategi baru untuk pergi ke Kota Kinabalu.

Aku SMS isteri aku untuk pergi bersama dan beliau bersetuju untuk pergi bersama.

Dipendekkan cerita, setelah semua urusan aku selesai kami terus balik kerana aku tak mahu terperangkap dalam kesesakan di jalanraya tatkala pekerja-pekerja di Jabatan-jabatan kerajaan dan Swasta akan keluar meninggalkan office masing-masing.

Dalam perjalanan balik, tidak jauh dari Kedai Perabot DELI di Pengalat Besar Papar, satu kemalangan telah berlaku yang melibatkan antara Pemandu Motosikal dan seorang kanak-kanak dalam lingkungan 12 tahun. Aku memberhentikan KENARI isteri aku untuk melihat secara dekat kejadian itu.

Sebelum itu ada sebuah Proton Iswara Aerobik berhenti dan terus berlalu. Bila saja aku turun, aku lihat seorang ibu memeluk anaknya yang menjadi mangsa kemalangan tersebut. Melihat orang semakin ramai, pemandu motosikal itu mula naik angin dan marah dan melontarkan berbagai macam perkataan yang langsung tak secocok dengan kita rumpun Melayu dan apatah lagi sebagai seorang Islam. Si Ibu langsung tidak memberi respon, yang beliau tahu cuma meraung, meraung, meraung, meraung bergabung dengan tangisan anaknya. Yang dapat aku lihat anaknya mengalami luka-luka dimuka dan tangan mungkin kesan seretan motor di jalanraya.

Pemandu motosikal tersebut masih tidak menghiraukan situasi pada waktu itu, dia terus aktiviti mulutnya. Pada pandangan aku, mungkin VOLUME untuk mengCONTROL suaranya telah patah kerana hentakan akibat kemalangan tadi. Ataupun beliau marah kerana menahan sakit, atapun memikirkan poket yang sakit... maklumlah, lepas ni terpaksa membaiki motor pula. Dahlah punggung sakit, nak MENGUSAI motor pula.

Oleh kerana beliau seperti tak ada tanda-tanda nak merehatkan mulutnya, kau pula naik angin. Terus aku bagi dia dengan suara aku ala RAHIM MAAROF ni. Aku marahlah dia dalam bentuk ala kadar saja. Kesian dia dah sakit, dimarah lagi. Apa nak buatkan.. Memang susah nak mengawal perasaan kita dalam keadaan sperti itu. Apa sebabnya... kerana hati, jiwa, diri kita semakin jauh dari Allah maha pencipta. Sepatutnya kita menerima apa jua kejadian dengan penuh keredhaan. Apa pun yang berlaku adalah ketentuan darinya. Sekiranya kita tidak menerima ujian yang menimpa umpama kita tidak mempercayai QADA dan QADAR Allah.

Yang lebih aku kesalkan sikap orang kita, seperti Empunya Proton Iswara Aerobik yang terlebih dahulu berhenti di tempat kejadian dan terus berlalu tanpa ada fikir hendak membawa Mangsa ke Hospital. Pada aku punya fikir mungkin disebabkan mangsa tersebut bukan orang kita menyebabkan kesudian untuk membawa mangsa ke Hospital langsung tidak bertapak di hati driver Proton Iswara Aerobik.

Sepanjang perjalanan ke Hospital, aku dapat mengenali mangsa adalah dari negara jiran yang mana negara tersebut ada bandar bernama Manila. Tangisan dan raungan berterusan sehingga aku dipanggilnya BOS. "Cepat BOS...".... dan si Ibu tak henti-henti menyebut KALIMAH............ "LA ILLAHAILLAH, MUHAMMAD YA RASULULLAH"... dalam sleng Pilipina. Aku terus memecut KENARI ku sambil isteriku terus menenangkan si Ibu.

Aku bersama isteri terus menguruskan mereka di hospital... dan bila aku pasti ada keluarganya bakal menyusul aku pun meninggalkan mereka di hospital dengan sedikit ole-ole.

Akibat dari kejadian itu, hasrat aku untuk pergi ke Dewan Benoni untuk bermain Badminton terpaksa aku batalkan walaupun segala kelengkapan aku dah sediakan dalam kereta Satria Neo aku yang telah aku Parking di Pekan Papar. Kalau mengikut perancangan aku, lepas balik dari Kota Kinabalu, aku salin kereta dan terus beralih destinasi menuju Dewan Benoni. Tapi apakan daya kita, inilah namanya HUKUM ALLAH, kita cuma mampu merancang, namun ALLAH jua yang memberi kelulusan.

Buat rakan-rakan yang menanti di Dewan Benoni, aku mohon berbanyak maaf kerana gagal untuk menghadirkan diri ke "PRA KEJOHANAN BADMINTON ANJURAN GEMILANG ARMIN" InsyaAllah dalam jadual akan datang aku cuba untuk datang.





























1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalaulah semua manusia bersatu padu, hidup dalam keharmonian juga kerukunan.. alangkah indahnya hidup ini

Catat Ulasan