Sabtu, 11 April 2009

Bola Sepak MSS Bawah 12 Tahun Peringkat Gabungan Beaufort

* Papar berjersi merah manakala Sipitang berjersi hijau kuning

Tarikh: 9 April 2009
Tempat: SK. Pantai Manis Papar
Masa: 8 pagi - 5.30 petang
Tuan Rumah: Daerah Papar

Daerah Papar telah menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola sepak MSS peringkat gabungan Beaufort. Pertandingan kali ini telah disertai sebanyak 4 pasukan yang terdiri daripada Papar, Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang. Dalam perlawanan separuh akhir pertama, Daerah Papar telah berjaya menewaskan Kuala Penyu dengan 2 gol 0. Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Sipitang telah mengalahkan Beaufort bagi menempah tempat keperlawanan akhir bertemu daerah Papar.
Bagi penenentuan tempat ketiga dan keempat, pasukan Beaufort telah dapat menumpaskan Kuala Penyu. Perlawanan akhir menemukan pasukan tuan rumah Papar dengan Sipitang. Perlawanan ini telah dimenangi Papar dengan 2 gol berbalas 1. Walaupun tewas, Sipitang telah dipilih sebagai pasukan terbaik bagi kejohanan bola sepak MSS bawah 12 tahun kali ini.


Selain dari pertandingan bawah 12 tahun ini, turut berlangsung juga pertandingan bola sepak MSS bawah 15 dan 18 tahun di lokasi berasingan.
Keputusan lain:
Bawah 15: Johan Papar menewaskan Sipitang diperlawanan akhir.
Bawah 18: Johan Sipitang menewaskan Papar diperlawanan akhir
Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Padang Pekan Papar selepas tamat perlawanan akhir bawah 18 tahun antara Papar dan Sipitang. Pegawai Pelajaran Daerah Papar, telah turun padang menyempurnakan upacara ini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan