Ahad, 26 Oktober 2008

PERSIDANGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PAPAR

Pada 25 Oktober 2008 (Sabtu) Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Papar telah bersidang bertempat di Dewan Borneo Paradise. Mungkin disebabkan hujan, persidangan yang dijadualkan bermula pada jam 8 pagi, terlewat sehingga lebih 1 jam.

Namun yang lebih mengecewakan, persediaan dan kelancaran perjalanan Persidangan kali ini, jika boleh diberikan markah aku berani bagi D-. Rakan-rakan cuba tanya kenapa!!!. Ada beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku, terjadi juga pada persidangan kali ini.

Aku cuma ingin sentuh beberapa perkara sahaja. Pertama adalah bilangan kerusi yang disediakan untuk para perwakilan tidak mencukupi. Hampir 50 orang perwakilan termasuk pemerhati, tidak mempunyai tempat duduk sehinggakan ada yang terpaksa duduk di atas lantai. Diantara mereka itu, aku juga tergolong dalam kumpulan tersebut. Maka makin jelaslah Pergerakan Pemuda Papar sebelum ini tidak dirasa kewujudannya.

Lagi satu perkara, kelancaran persidangan amat buruk sekali. Ia mengambarkan seolah-olah Pergerakan Pemuda UMNO Papar tidak tahu dan matang dalam proses seumpama ini. Selain itu banyak lagi kecacatan yang jelas dan terang wujud pada Persidangan Pergerakan Pemuda Bahagian Papar kali ini. Jadi di sini sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg. Sungai Padang, Papar aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada kecekapan Jawatankuasa Pemuda UMNO Papar yang mengendalikan persidangan ini. Makin terserlahlah bahawa Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Papar tidak dirasa kewujudannya. Yang terasa hanyalah kesombongan dan keegoan beberapa orang yang menjawat dan memegang jawatan penting dalam Pergerakan itu.

Setelah aku membuat pemilihan persama 2 lagi perwakilan, aku terus balik kerana terpaksa menghadiri majlis perkahwinan keluarga aku. Nak tahu aku pilih siapa... rasanya tak perlulahkan.. cuma aku nak bagi tau rakan-rakan, dalam hidup ini kita perlu ada prinsip dan pegangan, dan aku amat benci kepada penipuan, kerakusan, kesombongan, penindasan, dan berbagai macam lagi pe..... an. Sepanjang tempoh berkempen pemilihan kali ini jelas sekali unsur-unsur tersebut terlalu banyak dilakukan walaupun tidak terlalu terang-terangan. Namun sebagai seorang Pemuda UMNO yang telah banyak kali terlibat walaupun tidak secara langsung, tetapi aku telah masak dan faham benar dengan cara politik mereka. ( siapa yang makan cili, dia lah yang rasa pedasnya kan). Jadi inilah yang perlu ditentang dan dihapuskan.

Buat barisan Pergerakan Pemuda UMNO Papar yang baru dipilih, diharap dapat melakukan perubahan pada Pergerakan ini, agar ia dapat menguntungkan semua pihak tidak cuma untuk mengisi poket baju depan, seluar depan dan belakang dan ditambah lagi dengan beg JAMES BOND. Jika situasi serupa masih juga berlaku tidak mustahil aku menjadi ketua ANGKATAN MUDA KEADILAN, ataupun Ketua DEWAN PEMUDA PAS serta PEMUDA PAKATAN RAKYAT.

Berikut adalah senarai barisan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Papar yang baru sehingga 2011. Aku cuma dapat menyenaraikan untuk beberapa jawatan sahaja kerana aku belum dapat info terkini, mungkin disebabkan perebutan jawatan lain tidaklah begitu penting. Namun begitu sekiranya aku punya maklumat, aku akan UPDATE nanti.

Ketua Pemuda :
ARMIZAN (187 undi)

CHUCHU (80 undi)

Naib Ketua Pemuda:
ROSLI @ PA (220 undi)

AG. TOMAS ( 46 undi)

TOP 2:
ROSLI @ TAM dan HASSAN @ MAX


lain-lain jawatan aku belum dapat makluman. Bukan tak mencari, tapi aku banyak program.. ni baru balik dari orang kahwin, kami ada Marhaban

Tahniah kepada yang terpilih.... Syabas bete... syabass

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah buat Saudara Armizan. Memang saudara layak memegang Jawatan no. 1 Pemuda tersebut

Tanpa Nama berkata...

Baru padan muka bekas Ketua Pemuda Saudara Jamal Nerubi. Asyik menghentam peribadi Armizan saja. Dengar cerita dia ni pro kepada Calun yang seorang lagi, en. Chuchu. Kesian aku pada Chuchu menjadi mangsa keadaan. Dia lebih kepada boneka Jamal Nerubi, yang menggunakan Chuchu untuk kepentingan politik beliau. Harap Chuchu dapat mengambil iktibar atas semua kejadian. Lain kali jgn mudah terpedaya dgn org2 seumpama ini.

Tanpa Nama berkata...

dari sumber yang boleh dipercayai, penyokong2 kuat saudara chuchu ramai yang berpaling saat akhir. apakah matlamat perjuangan mereka. seawal kempen sokongan yang mereka berikan 130%. tetapi menjelang pemilihan mereka beralih kem. yang saya dengar kebanyakan mereka merupakan perwakilan dari kinarut...

pemuda setia berkata...

Apa pun yang berlaku. Pemuda UMNO harus terus bersatu. Jangan ada pulau memulau dan pinggir meminggir. Buang dendam dan sakit hati jauh-jauh. Adat bertanding memang cam itu. Pemuda harus matang menerima cabaran ini. Sejak dulu pemuda papar terkenal dengan kesatuan dan keberanian. Soal kehadiran pemuda tidak dirasakan sebelum ini adalah tidak benar, kami amat merasainya setiap waktu.

pusaka pemuda berkata...

Betul tu Bro... pemuda umno papar sebelum ini sejak umno kembangkan sayapnya ke Sabah telah mengharungi banyak pilihanraya, aktiviti dan persidangan. Kalau x dirasai.. ertinya mereka-mereka yg pandai-pandai komen tidak peka dan x tahu sejarah. Kalau betul pemuda umno papar tiada dirasai kehadirannya, jadi siapa yg buat kerja-kerja pilihanraya dan persidangan ?... monyetkah yang buat? atau mungkin yg kuat komen tu tidak tahu pasal pemuda.

kasturi berkata...

kesian juga Ketua Pemuda Papar sdr Armizan...kes emaknya Datuk Norjan macam-macam dlm internet. Sebelum emaknya meninggal ada perkara tak baik yg berlaku rupanya dlm bilik 208. Urut mengurut, air mani dan maksiat. Tak percaya? Baca lah sebutan kes di mahkamah, ada di internet. Bagaimana dia nak jelaskan kpd umum.

Catat Ulasan