Khamis, 9 Oktober 2008

Azrin Laidin Kembali Ke Rahmatullah

Lebih kurang jam 8 lebih pagi tadi, isteri aku call di tempat aku bertugas. Khabar yang beliau sampaikan adalah Azrin Laidin telah meninggal dunia setelah terlibat dengan kemalangan berdekatan dengan KCF. Dalam usia 30an beliau telah dijemput oleh Allah SWT. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak.

Ajal dan maut tidak pernah mengenal umur, pangkat ataupun kedudukan kita. Bila umur kita telah sampai tidak kira dimana, walau dalam apa jua situasi... malaikal maut pasti akan datang mencabut nyawa, dan berpisahlah roh dan badan.

Kita mahkluk yang masih bernyawa, berita-berita kematian seperti ini dapatlah dijadikan iktibar kepada kita bagi menyediakan diri dalam bentuk yang telah ditentukan oleh Allah sebagai bekalan kita di Alam Kubur sebelum berkumpul di Padang Mahsyar. Pandai-pandailah memilih jalan yang tepat dan diredahi Allah bagi memudahkan kita bersoaljawab dengan Mungkar dan Nagkir nanti. Kita sebagai insan yang kerdil seharusnya sentiasa meningkatkan ketaqwaan kita, dan tidak mudah alpa pada kecantikan dan keseronokan dunia yang penuh dengan tipu daya ini.

Kepada Keluarga Allahyarham.. takziah diucapkan.. bersamalah kita berdoa, semoga Allah menempatkan Allayarham dikalangan orang yang Soleh.. Insyaallah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan