Rabu, 8 Oktober 2008

TAK ADA TAJUK

Hari ini sudah 8 Oktober 2008, ertinya sudah 8 hari umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagi aku raya tahun ni banyak gangguan, maksudnya aktiviti Raya aku tidak begitu lancar. Kalau tahun sebelumnya waktu begini sudah banyak rumah sanak-saudara dan rakan taulan telah diziarahi. Tetapi tahun ini rumah Babuku Yaa Uda dan Babu Sina pun belum dikunjungi. Rumah GING ku Saipul, yang setiap tahun mengOPEN HOUSE pun tak sempat ku jenguk. Ni baru balik dari Rumah Kakak ku, yang lebih popular dengan pangilan Kak Siah. Bayangkan dah Raya ke 8 baru sempat pegi rumah Kakak. Harap-harap mana Sanak Saudara, Rakan Taulan yang tak sempat kami ziarahi, janganlah berdukacita ya. Dosa kalian telah pun tuan hamba ampunkan. Tapi bagaimana pula dengan kesalahan ku pada mereka, sudikah mereka mengampunkan segala kesalahan kami. Namun aku percaya, mereka bukanlah jahat sangat seperti cerita dalam filem tu...

Bercakap pasal kesibukan dan kurangnya kesempatan beraya tahun ni, aku masih dan sedang fikirkannya. Apakah yang menjadi penyebab membuatkan waktu aku begitu sempit. Tapi rasa-rasa aku, banyak program LUAR JANGKA yang menjadikan raya aku tidak lancar. Contohnya malam Isnin lalu.. aku dah rancang nak beraya dengan keluarga, tapi LAST minit aku dipanggil untuk berjumpa Saudara Chuchu calun Ketua..... jadi rancangan untuk beraya terbantut lagi.

Tapi tak kiralah, walau bagaimanapun aku akan cuba usahakan untuk menziarahi rumah sanak saudara meskipun sehingga ke raya yang ke 30. Aku akan terus berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir... aku kan seorang PEJUANG. Bukan JET PEJUANG.

Di Bawah adalah antara gambar yang sempat aku rakam raya tahun ini. Gambar-gambar ini dirakam menggunakan Kamera kesayanganku Panasonic LUMIX FZ18. Cun ka.. Tapi aku agak tertekan sekarang kerana LUMIX FZ28 kini telah berada di pasaran. Ertinya aku sekarang dalam dilema...



LUMIX FZ18
( Kamera yang aku gunakan untuk merakamkan
gambar-gambar
di bawah) tetapi kualiti gambar sebenar mungkin telah berkurangan kerana saiz gambar telah aku kecilkan bagi memudahkan aku mengUPLOAD)


















Anak-anakku bersama Nenek Mereka
(Bapa Dan Mamaku)











Keluarga Sebelah aku










Keluarga Sebelah Bini Aku











Romantiknya Bapa Dan Mama










Summayyah Dan Sammiyyah








(Masa kami beraya ke Kg. Serusup, Tuaran
singgah di Tanah Perkuburan Orang Islam
disana)
nota: tidak kelihatan dalam gambar
Mentuaku sedang membaca Yassin








Bapa Dan Anak2 Imi










Adikku Ayam Keriting bersama anak dan bininya










Sepupuku Ustaz Shahbudin Dollah
bersama keluarga.











Sepupuku jua Ashmat Dollah
bersama keluarga










Anak buahku
Anak-anak Kak Siah
(Ann, Teaah, Mira, Wawa & Siti)
Fahmi tidak kenampakan dalam gambar
kerana
kusyuk bermain PS bersama anakku





























Detik-detik menarik (kunun) tika tetamu beraya
ke rumah aku dan juga aku yang pegi beraya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan