Rabu, 8 Oktober 2008

ISTERI CIKGU ANUAR SELAMAT MELAHIRKAN ANAK KE-3


Pagi tadi setelah tiba di sekolah tempat saya bertugas SK. Kaiduan, salah seorang rakan tidak dapat hadir ke sekolah hari ini dan mungkin untuk beberapa hari lagi. Setelah disiasat, rupa-rupanya isteri beliau baru saja bersalin. Bukan besalin baju, tetapi selamat melahirkan anak mereka yang ke-3 hasil perkongsian hidup dengan rakan setugas saya Cikgu Anuar Abd. Latif. Tapi yang malangnya, kami tidak mengetahui apakah jantina anaknya yang ke-3 ini. Lelaki ataupun perempuan. Tapi tak mengapalah, walau apa jua tidak kira lelaki ataupun perempuan, itu semua adalah rezeki daripada Allah kan.

Kepada Cikgu Anuar, saya bagi pihak rakan-rakan di SK. Kaiduan, mengucapkan selamat menimang cahaya mata yang ke-3. Semoga Allah akan sentiasa membuka rezeki kepadamu seluas-luasnya. Begitu juga kepada semua Umat Islam yang lain... moga Allah akan sentiasa memberi keberkatan kepada titik peluh kita selama ini.. dan sentiasa diberi kemudahan walau dalam apa jua situasi.

Sebelum jari ani berhenti mengetuk papan keyboard ini... ingin saya ajukan satu pertanyaan kepada Cikgu Anuar.. yang ke-4 bila, tahun depan ke..??? Mungkin Cikgu Anuar akan bercuti selama 7 hari.. tetapi yang pasti beliau akan bercuti lebih 40 hari... makin pucat ta ko Y

Tiada ulasan:

Catat Ulasan