Jumaat, 17 Oktober 2008

LUMIX FZ28 DAN CIPTAAN YANG ESA


Assalamualaikum warahmatullahhibarkatuh..

Rasanya dah 2 hari aku tak update ataupun upload apa-apa cerita mau pun photo dalam blog aku ni. Bukan tak ada bahan baru ataupun idea aku dah kosong, tapi jadual aku begitu padat dipenuhi dengan pelbagai program. Lebih-lebih lagi jiran sebelah rumah aku nak buat majlis kenduri kahwin anak perempuan mereka pada Ahad ini, jadi sebagai seorang jiran sejati, akupun terasa juga bahang kesebokannya.


Satu lagi yang membataskan pergerakan aku adalah kerana terpaksa menghadirkan diri kesatu kursus di Pejabat Pelajaran Daerah Papar. Kursus apa.. nanti aku cerita. Gambar semasa berkursus untuk hari pertama aku dah rakam tadi. Kalau tak ada aral menghalang, esok aku akan sambung merakamkan detik-detik sepanjang kursus tersebut. Harap rakan-rakan setia menanti.






Selepas balik dari kursus petang tadi.. (aku balik awal lebih kurang jam 3, kerana aku bergegas nak mengejar waktu asar), aku terus singgah di Masjid Jamek Kg. Sungai Padang, Papar. Selesai solat asar berjemaah, aku terpaksa STAY di MJKSP (Masjid Jamek Kg. Sungai Padang) kerana hujan lebat mula membasahi bumi. Dapat aku rasakan betapa gumbiranya tanam-tanam dan rumput yang tumbuh melata. Aku lepak dalam 1/2 jam sambil bercerita yang kadang-kadang kosong dan kadang-kadang berisi bersama rakan jemaah yang terkenal dengan panggilan Kent dan Tuan Hj. Gou Rahman.


Setelah hujan berhenti kami pun balik. Aku singgah rumah sekejap dan langsung aku pergi ke rumah saudara aku yang akan mengadakan majlis tahlil arwah 7 hari pakcik Jainal esok. Sampai di sana Sepupu aku Obot dah duduk-duduk sambil menyedut rokok kretek GUDANG-GARAM. Kami pun berborak pelbagai topik, bersama keluarga yang lain.





Entah bagaimana timbul idea aku untuk melawat Pantai Manis yang manisnya hanya cuma tinggal pada namanya sahaja. Hasrat dalam hati aku yang no WAHID adalah untuk merakamkan kecantikan dan keindahan panaorama maya ciptaan Allah. Tanpa melengahkan waktu aku pun mulalah memandu keretaku menuju Pantai Manis.





Tiba di sana aku pun mulalah merakamkan detik-detik mentari melabuhkan sinarnya. Tapi cuaca agak medung sedikit menyebabkan limpahan cahaya mentari agak terbatas kerana tersekat awan yang kelam.







Gambar-gambar yang rakan-rakan lihat ini telah aku rakamkan petang tadi. Mudah-mudahan ianya dapat meningkatkan rasa kesyukuran dan keinsafan kita kepada yang kuasa. Lihatlah betapa indah dan agungnya ciptaan yang Allah maha esa. Lihatlah betapa luasnya samudera, langit dan seluruh cakerawala.


Ya Allah rabbul izzati.. betapa kerdilnya aku... sungguh agungnya ciptaan mu. Teguhkanlah Iman ku, janganlah kau alihkan walau sedikit ketakutan ku pada azabmu. Kau berikanlah kami walau sekelumit kasih sayang mu, agar kami sentiasa selamat di DUNIA DAN AKHIRAT.














Ya Allah ya Tuhan, Doaku panjatkan, Limpahkan Hidayahmu, Ya Wasiaal karomi..















Dengan mengingatimu, kan tenang di hatiku, rahmatilah hidupku, ya wasiaal karomi..


Tiada Amal ibadat, yang dapat ku banggakan, mohon belas kasihan, Ya Wasiaal Karomi





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum bos... punya la lawa gambar2 mu itu... syoknya...

joelabu72 berkata...

aku tau siapa kau...

Catat Ulasan