Ahad, 12 Oktober 2008

PAK CIK JAINAL OMAR KEMBALI KE RAHMATULLAH

Kelmarin langsung aku tak dapat menjenguk blog aku ni. Bukan apa, awal pagi aku dah bergerak ke rumah Saudara aku yang kembali ke rahmatullah. Pakcik Jainal Omar telah meninggal dunia di Hospital Papar waktu subuh dalam lingkungan jam 2-4 am 11 Oktober 2008. Beliau meninggal setelah 106 hari kematian isteri beliau Allahyarhmah Fatimah Hj. Yunus. Isteri beliau ini merupakan kakak kepada Bapa aku.

Bersamalah kita mendoakan kebahagian dan kesejahteraan mereka, mudah-mudahan Allah menempatkan mereka dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh. Begitu juga kepada semua kaum muslimin dan muslimat yang telah pergi terdahulu dari kita. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan