Khamis, 9 Oktober 2008

RENCANA HIDUP AKU... BERMULA PAGI - 1.00 PM HARI INI

Hari ini aku rasa banyak peristiwa yang berlaku, tapi bukanlah peristiwa yang panas, seperti panasnya isu liwat ataupun isu Sumpah Keramat Saipul yang kini telahpun sejuk mengalahkan ais batu campur yang sedap dinikmati di Restoren Shafie. Tapi peristiwa yang aku maksudkan adalah aktiviti yang aku ceburi hari ini agak lebih sedikit.

Dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi aku terserempak dengan BOS bersama Bang Malim, (bukan Malim Kundang) relek-relek ditepi jalan GERABEL akibat dek kepayahan membawa sekotak Cola 1.5 liter untuk dibawa kesekolah untuk jamuan aidilfitri yang kami rancang esok. Jadi aku yang menunggang EX5 secara solo menOFFERkan diri untuk membawa kotak tersebut.

Sebelum sampai ke sekolah (sedikit saja lagi untuk sampai ke GARAJ kami), aku terserempak dengan seekor ular. Bila saja ternampak ular tersebut aku terperanjat kucing, (nasib baik tak terperanjat beruk). Opocot.. meremang juga bulu romaku. Tanpa melengahkan waktu, aku pun mengeluarkan LUMIX FZ18 ku, terus aku rakamkan gambar ular tersebut. Cun juga ular tu.

Tiba di sekolah aku rehat sekejap. Setelah menikmati mee goreng KOBOI yang sempat aku beli di salah sebuah kedai makan di Kinarut dengan harga RM1 aku capai Penukul dan Gergaji bersiap untuk menyambung kembali PROJEK CHICKEN LIFE yang tidak sempat disempurnkan kelmarin. Hari ini cuma proses terakhir projek tersebut. Adalah dalam 1/2 jam aku bersama Cikgu Yassin dan Bang Malim membuat kerja-kerja yang sepatutnya, saat inilah bini aku CALL melalui telefon sekolah untuk memaklumkan suaminya yang tercinta ini tentang kematian Saudara kami Azrin Laidin. Dia tak berani Call HP aku kerana dia tahu di Sekolah kami tiada liputan telefon selular.

Selepas itu kami bermesyuarat sekejap, sebelum aku, Shamran dan Jailani dibenarkan keluar awal bagi hadir ke rumah Allahyarham.

Sebelum balik sempat juga aku rakam gambar 2 orang lelaki yang perasan MACHO ini di atas PROJEK CHICKEN LIFE. Disepanjang perjalanan balik sempat juga aku dan Shamran menikmati keindahan alam ciptaan yang maha kuasa. Beberapa kali kami memberhentikan tunggangan kami demi untuk mengaktifkan LUMIX FZ18 aku. Inilah gambar-gambar yang sempat aku rakamkan.


Ini adalah sungai Kaiduan yang airnya mengalir lesu dan mendamaikan. Agungnya ciptaan Allah. Tapi kekadang air sungai ini akan melimpah dan mengganas jika hujan turun dengan lebat.






Kenalkah lelaki yang sedang POSE MAUT atas Jambatan Gantung ini. Sekali lagi ingin aku tekankan disini bahawa inilah Cikgu Shamran. Beliau merupakan salah seorang peminat Arsenal. Jambatan gantung merupakan perantara untuk kami sampai ke sekolah. Seronokkan sekolah kami ada jambatan gantung. Di daerah Papar ini, entah cuma ada berapa sekolah saja yang istimewa mempunyai jambatan gantung seperti kami.




Cantikknyaaaa...!!!!!


Dalam pemanduan EX5 hitamku yang cuma punya 4 speed itu, aku sempat menghantar SMS kepada biniku bagi bertanyakan tentang Allahyarham Azrin, apakah mayat beliau telah berada di rumah. Oleh kerana info terkini yang aku terima dari bini aku, bahawa mayat masih di hospital Papar, maka kami mengambil keputusan untuk singgah di Pekan Papar untuk mengalas perut. Setelah berbincang dengan tidak berapa lebar, kami pun sepakat untuk makan-makan di Restoran Anjung Bistari. Aku pun pekena CHICKEN CHOP bersama KICAI AIS. Sementara menunggu pesanan, aku hubungi seorang lagi rakan setugas iaitu Cikgu Saipul yang menghadiri taklimat di PPD Papar dengan menggunakan talian 3G. Dengan perkhidmatan 3G ini ampai-ampai muka Saipul di skrin telefon Sony Ericson aku. Aku apalagi tunjukanlah kepada Saipul dimana kami berada dan menjemput dia datang sama. Belum pun separuh CHICKEN CHOP aku gasak, dia pun datang dengan menggunakan D-MAX Si Armin. Dia pun ORDER CHICKEN CHOP.

Dipendekkan cerita, kami selesai menjamu selera lebih kurang jam 12 tengahari. Oleh kerana waktu Solat Dzohor sudah menghampiri, kami pun bergegas ke Masjid Jamek Kg. Sungai Padang, Papar untuk menunaikan Solat Fardhu Dzohor secara berjemaah sebelum kami pergi ke rumah allayarham.

Muazzin Dzohor hari ini Tangah Abdullah Hj. Idris,.. (Asar nanti aku pula) manakala Imam ialah Imam Aliuddin Matbee. Selesai Solat Dzohor kami pun teruslah pergi ke rumah Allahyarham...

Itulah serba sedikit perjalanan hidupku bermula pagi hinggalah jam 1.00 tengahari. Bagi aku semua ini telah ditentukan Allah SWT... yang telah menciptakan Alam Semesta, Cakerawala, bersama makhluk sebagai isinya. Sungguh hebat ciptaan mu Ya Allah.. namun insan yang bernama manusia sentiasa leka, yang mana lebih mengkagumi ciptaan Alexander Graham Bell daripada ciptaan Allah SWT. Begitulah bodohnya manusia yang jahil, tidak tahu menilai ciptaan agung yang di luar kotak fikiran manusia. Insaflah.. kembalilah dan patuhlah kepada perintahnya seperti yang telah termaktub dalam Al-Quran demi untuk sebuah kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti. Tiada apa yang dapat dibawa bersama, harta kekayaan, wang ringgit berjuta, Kamera LUMIX FZ18, semuanya akan kita tinggalkan. Hanya AMALAN yang akan dibawa bersama.























Tiada ulasan:

Catat Ulasan