Syeikh Abdul Wahid rah. merupakan salah seorang ahli sufi yang mahsur. Beliau menceritakan, "Pada satu malam aku sangat mengantuk sehingga tertidur sebelum sempat menyempurnakan wirid dan zikir. Aku melihat dalam mimpiku seorang gadis yang sangat cantik berpakaian sutera hijau. Seluruh anggota badannya, sehingga kasut pada kakinya pun sibuk berzikir. Gadis itu berkata kepada saya, "Usahalah untuk mendapatkan saya. Saya ingin mendapatkan engkau". Kemudian beliau pun membaca beberapa rangkap syair percintaan. Setelah tersedar daripada mimpi, beliau pun bersumpah tidak akan tidur lagi pada waktu malam. Diriwayatkan bahawa selama empat puluh tahun beliau bersolah isyak dan subuh dengan wuduk yang sama". (Nuzhah)
dipetik dari Kitab FADHILAT AMAL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan