Program Santai ini merupakan salah satu daripada aktiviti Pemuda Umno Bahagian Papar, di mana AJK Pemuda Umno Bahagian Papar turun dan bertemu dengan Pemuda-pemuda cawangan yang ada di bahagian Papar ini.
Kali ini Pemuda Umno Bahagian Papar telah memilih Cawangan di Kg. Sungai Padang, Papar. Bertempat di kediaman Bendahari Pemuda Umno Bahagian Papar Saudara Sahrum Datuk Hj. Abu Ali, program ini di adakan pada 14 Jun 2009 (Ahad-Malam Isnin) yang baru lalu.
Seawal jam 7 malam para pemuda dari Cawangan Kg. Sungai Padang mula datang bagi memeriahkan Program ini.
Antara lain maksud atau matlamat program ini adalah bagi mewujudkan satu talian yang akrab antara Pemuda Bahagian dan Pemuda peringkat Cawangan. Melalui aktiviti ini, Pemuda Bahagian dan Cawangan dapat bertukar-tukar idea dan berbincang mengenai permasalahan peringakat cawangan.
Syabas Pemuda Umno Bahagian Papar kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti ini, walaupun ramai juga wajah-wajah AJK Pemuda Bahagian tidak kelihatan. Buat AJK Pemuda yang hadir terutamanya buat Ketua Pemuda Bahagian saudara Armizan Hj. Mohd. Ali juga Bendahari Saudara Sahrum Datuk Hj. Abu Ali yang telah bersungguh-sungguh menjadikan program ini satu realiti terima kasih kami ucapkan. Dengan program seumpama ini, rasanya Pemuda Cawangan pastinya lebih merasa dihargai dan terus bersemangat bagi meneruskan perjuangan yang masih tertangguh.....

Tuan rumah merangkap Bendahari Pemuda UMNO bahagian..
Saudara Sahrum Datuk Hj. Abu Ali sedang menyampaikan sedikit ucapan

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Papar Saudara Armizan Hj. Mohd. Ali
menyampaikan amanat buat pemuda cawangan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan