Sabtu, 26 Disember 2009

Kursus Pengurusan Jenazah

Siapa cakap Kursus atau seminar yang berkaitan dengan agama tidak ataupun kurang mendapat sambutan. Siapa kata anak-anak muda tidak berminat dengan usaha-usaha seumpama ini. Nah ini adalah buktinya.

Pada peringkat awalnya kami meramal Kursus ini cuma akan mendapat penyertaan di bawah 50 orang dan akan di sertai oleh golongan beliau-beliau (Warga Emas) sahaja. Namun jangkaan kami jauh meleset. Seawal pagi saya membuka kaunter pendaftaran, seramai 76 orang telah mengesahkan diri untuk menyertai Kursus selama 2 hari ini. Lebih membanggakan hampir separuh darinya terdiri dari golongan belia.

Anda tidak cuba, mana anda tahu. Selama ini kita asyik disogok dan disajikan dengan pelbagai program atau aktiviti yang lebih mirip kepada Kapitalis. Jangan marahhhh. Tapi itulah kenyataannya. Anda anjurkan apa... gambus, karaoke, futsal,... saya amat yakin, berpusu-pusu tidak kira apa warga dan usianya akan datang, kalau pun tidak menyertai... cukup sekadar jadi tukang tempik dan sorak yang akan bersorak dengan bangganya.

Saya cabar mana-mana komuniti atau Persatuan yang lebih besar dan luas pengaruhnya untuk melaksanakan aktiviti dan program seumpama ini. Dengan ilmu yang lebih tinggi dari kami orang kampung, dengan bermodalkan peruntukan yang tersedia, saya pasti anda akan dapat melaksanakan yang lebih baik dari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek, Kg. Sungai Padang, Papar
Ustaz Mohd. Yacob Ismail sedang memberikan sedikit taklimat.
Sedang duduk ialah Penceramah Jemputan Tuan Hj. Muchlis Ali Kassim bersama isteri beliau.


Antara peserta kursus


Tuan Hj. Muchlis Ali Kassim sedang menyampaikan ceramah beliau


Aku seperti biasalah akan mengadap laptop, Printer, Kertas, PA Sistem, Kamera...
tapi kali ini aku cuma bawa kamera ke 2 aku EOS450D.
Tukang ambik gambar En. Ahmad Dullah..
aku bagi peluang dia merasa kesedapan mengatik kamera

Bergandingan Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Pengerusi JKKK Kg. Sungai Padang 1.


Tim. Pengerusi Jawatankuasa Masjid Jamek.. Yunus Matarin


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu usaha yang baik dan murni. Badan apa yang menganjur bukan persoalannya, yang penting kesediaan badan itu untuk melakukan sesuatu yang berfaedah kepada masyarakat. Tahniah...buat anda semua dan teruskan perjuangan.

joelabu berkata...

terima kasih tuan.

Bakar Mudra berkata...

Usaha murni, kerja amal seperti ini harus diteruskan dari masa kesemasa agar masyarakat Islam di kampung sungai padang akan terus berpeluang untuk meningkatkan ilmu agama mereka. Bila agaknya sdr2 dapat menganjurkan kursus asas fardhu ain untuk remaja di kampung ini sebagai pengisian musim cuti persekolahan.

Catat Ulasan