Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Hari ini umat Islam mula berpuasa bagi tahun 1432H ini. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa. Mudah-mudahan kita beroleh nikmat dan rahmat di bulan  yang penuh barokah ini. Bersamalah kita menjaga kemuliaan bulan ini. Marilah kita mengambil peluang dan kesempatan mengaut segala nikmat yang telah Allah swt sediakan untuk umat manusia pada bulan Ramadhan ini. Mudah-mudahan segala usaha kita akan diberi ganjaran dan akan dihitung sebagai kebaikan oleh Allah swt..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan