"Kita Sebagai Seorang Muslim Yang Akil Baligh Telah Diberi Panduan Hidup Oleh Allah SWT Supaya Kita Memilih Barang Yang Baik. Tidak Ada Yang Baik Di Muka Bumi Ini Kecuali Perkara Yang Telah Ditetapkan Baiknya Oleh Allah SWT"
Rabu, 8 Oktober 2008
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SK. KAIDUAN
Sebelum sekolah bercuti, ketika itu juga bulan puasa, kami di SK. Kaiduan telah mengadakan perarakan sempena Hari Kemerdekaan. Seperti tahun-tahun yang sudah, perarakan kali ini juga melalui jalan dan destinasi yang serupa. Bermula dari SK. Kaiduan, semua warga SK. Kaiduan mula berarak sambil mengibarkan bendera Malaysia serta menyanyikan lagu-lagu patriotik yang sedang dan pernah meletup.
Dari SK. Kaiduan, kontinjen akan melintasi kebun buah NAGA, ntah sapalah tokeynya ni. Terus ke Kg. Kaiduan. Selepas itu melintasi jambatan gantung dekat rumah Mendiang Jupilin, dan naik semula ke jalan GERABAL, naik jambatan gantung yang satu lagi sebelum kembali ke SK. Kaiduan.
Dari pandangan mata kasar, jelas terpancar diwajah semua warga SK. Kaiduan, kepuasan dan keGUMBIRAAN sebelum dan selepas Perarakan ini. Inilah bukti kecintaaan dan kesetiaan warga SK. Kaiduan terhadap tanah air yang tercinta. Lebih-lebih lagi salah seorang rakan setugas iaitu Cikgu Saipul, tak henti-henti menyanyikan lagu Patriotik.. picaya ku dikau ging.. mimang semangat Patriotikmu tahap dewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan