Jumaat, 5 Ogos 2011

MEMADAMKAN PELITA UNTUK MENJAMU SEORANG YANG BERPUASA

Seorang sahabat selalu berpuasa berturut-turut. Beliau tidak mempunyai sebarang makanan untuk berbuka puasa. Seorang sahabat Ansar, Hazrat Thabit dapat memahami keadaan sahabat itu melalui firasatnya. Beliau telah berkata kepada isterinya, "Malam nanti aku akan membawa seorang tetamu. Apabila dia mula makan maka engkau padamkanlah pelita dengan helah untuk membetulkan pelita itu dan selagi tetamu tidak kenyang selagi itu engkau jangan makan"

Pada malam itu, mereka telah melakukan sedemikian. Kedua-dua mereka duduk bersama tetamu seolah-olah mereka juga turut makan. Pada keesokan pagi apabila Hazrat Thabit pergi ke majlis Nabi S.A.W maka Baginda S.A.W bersabda, "Layananmu terhadap tetamumu malam tadi sangat-sangat disukai oleh Allah SWT" 
(Durrul Manthnur)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GOOD JOB

Catat Ulasan