Rabu, 8 Oktober 2008

RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN DULU

Bila sudah duduk menghadap komputer ni, macam-macamlah kerja yang dilakukan. MenDELETE folder la, dengar-dengar mp3, tidak ketinggalan melihat gambar-gambar yang ada dalam PC aku ni.







Setelah bertungkus-lumus mengKLIK folder maka terjumpalah aku akan gambar rakan-rakan seperjuangan dulu ketika kami beREFORMASI. Perjuangan yang saya maksudkan adalah Perjuangan la ba. Pegi tengok Konsert SEARCH, XPDC, RUHIL, BLUES GANG, WINGS dan ramai lagi artis yang kami pegi tengok buat persembahan secara LIVE. Tapi itu dulu masa aku masih lagi ROCK Kapak, sekarang aku nda rock sudah, aku sudah alih angin, aku lebih cenderung kepada irama Nasyid.. apalagi kalau dengan lagu alunan Munif Ahmad dan Hijjaz... tangkap sayu beb.



Ada ketikanya, aku dan rakan-rakan seperjuangan akan pegi tengok wayang. Masa tu di Papar ni masih ada Panggung Wayang. Kesian Remaja sekarang tak merasa tengok wayang di Panggung. Bagi anak aku tak ada masalah, kerana aku dah siapkan set AV SONY, dan player DVD Panasonic. Tapi anak aku ni nda mengikut bapa. Kalau bapanya suka nonton wayang, anak aku suka tengok KATUN dan bermain PS, walaupun setiap bulan aku akan membeli sekurang-kurangnya 5 DVD movie. ( Tapi mana sudah barang DVD atu.. ada toyol kali). Tapi nda apalah, yang penting anak-anak aku nda lupakan solat, pegi mengaji, pelajaran, hormat orang terutama orang-orang tua, tidak kedekut membantu orang dan apa-apa jua perkara baik yang telah ditentukan kebaikannya oleh Allah sudahkan.. itu yang penting.

Bebalik kepada Rakan Seperjuangan tadi..., masih aku ingat kami pernah pegi memukat sambil membawa maggi dan ikan sardin.. sedapnya makan kami. Teringat jua ketika berbasikal bertiga menggunakan basikal tua Arwah EMBO EROM,.. (Mudah-mudahan beliau mendapat rahmat) round Pantai Manis sambil membawa gitar SUZUKI.. apa tujuan kami tu ah...


Banyak lagi kenangan Bersama Rakan Seperjuangan ini, seperti Tragedi di Sungai Dawai.. dan macam-macam la. Terlalu banyak kenangan tika bersama. Namun kini masa telah berubah, kami masing-masing ada yang telahpun berkeluarga dan punya tanggungjawab dan tugas baru. Namun keakraban kami tetap utuh seperti dulu.. ani bunsu Jumat kan mengawinkan, pasti aku dan rakan seperjuangan akan LEKAK-LEKAK KETAWA SAMBIL MEMEGANG PERUT, TAKUT-TAKUT TERKELUAR ISI.. ATAU KENTUT.




Kepada Rakan Seperjuangan Seperti AMATDOL, OBOT, UNUS, JONNY, KILAT, IMI, SOON, UDA..dan ramai lagi (kepada yang nda tercatat maaf ah... nanti ku belanja ruti canai di Restoren Yassin)..
Segala Kenangan Adalah Amat Manis untuk dikenang... dan pasti akan selalu ku kenang

2 ulasan:

Akula berkata...

yang terkini masa bersama meliat konsert search d penampang...tahun 2005 mun ndk ku silap kan ging.si unus ba itu menggosok gosok kepalanya d parutku...

joelabu72 berkata...

awu ging..iya ta tu..,,
Berterbangan pelesit kota,
Berterbangan ungas gila,
Bersembunyi dimana,
Mungkin dicelah-celah alam,
Dedaunan dan debunga,
Atau berada di saku manusia

Catat Ulasan